28 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

Kotak hitam pesawat Sukhoi Superjet 100 ditemui

Kotak hitam dalam keadaan terbakar teruk dan kehilangan warna asal, menyukarkan pencariannya.

JAKARTA  – Pasukan khas Indonesia berjaya menemui perakam data suara pesawat penumpang Rusia, Sukhoi Superjet 100 yang terhempas di kawasan pergunungan Salak, Jawa Barat, kelmarin.

Kotak hitam berkenaan dianggap penting kerana boleh membantu mencari punca nahas pesawat yang beraksi dalam penerbangan demonstrasi pendek kepada pembeli berpotensi.

Jurucakap agensi mencari dan menyelamat Gagah Prakoso memberitahu, kotak hitam itu dijumpai berhampiran serpihan bahagian ekor bangkai pesawat di dasar gaung sedalam 500 meter sebelum dihantar kepada kumpulan penyiasat pada lewat petang.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan, Tatang Kurniadi berkata, data daripada kotak hitam itu akan dianalisis di Indonesia dengan bantuan beberapa pakar Rusia.

Sehingga kini, hasil siasatan nahas pesawat Superjet 100 yang meragut 45 nyawa pada 9 Mei lalu, dipercayai akibat kesilapan manusia selain ada yang menyalahkan masalah frekuensi yang tidak dikemas kini.

[gallery link=”file” columns=

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.