26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 15, 2021

KP SPRM sepatutnya membuat laporan polis cubaan merasuah dirinya

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull sepatutnya membuat laporan ke pihak berkuasa selepas ada individu yang cuba menyogok dirinya untuk menutup kes 1MDB.

Beliau berkata, perkara itu dijelaskan selepas Shukri mendakwa pernah ditawarkan rasuah oleh seorang ahli parlimen bagi menghentikan siasatan terhadap 1MDB itu.

“Berdasarkan kenyataan itu, ia membuktikan Shukri gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya.  Kegagalan beliau melaporkan perkara ini merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 25 (1) dan (2)  Akta SPRM 2009.

“Jika disabitkan bersalah, Shukri boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Justeru beliau yang juga bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan membuat laporan polis hari ini di Balai Polis Kelana Jaya berhubung perkara itu memandangkan kejadian itu berlaku semasa Shukri masih penjawat awam.

Katanya, tiada timbul istilah takut kerana terdapat akta perlindungan saksi dan beliau boleh memohon diletakkan dibawah skim perlindungan saksi.

“Cukup-cukuplah dengan politik dendam diamalkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak semua rakyat  boleh terima cerita dongeng Shukri ini. Malah kenyataan beliau semalam membuktikan ada subjudis dan beliau telah menimbulkan prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.

“Jika apa yang Shukri katakan adalah benar, ini jelas membuktikan bahawa pelantikan beliau sebagai Ketua Perusuhjaya SPRM adalah dengan tujuan khusus untuk membalas dendam dan memastikan Najib dipenjarakan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Rule Of Law hanya untuk mereka yang menentang Pakatan Harapan sahaja dan bukan pemimpin rejim Mahathir (dan) DAP,” katanya.

https://pakdin.my/tag/sprm

#RuleOfLawRimba

Berita Berkaitan

Komen

  1. kenapa perlu buat laporan polis sedangkan dia sendiri boleh menangkap sipemberi rasuah tersebut, inilah dia bila jawatan dn pangkat dh tertanam dlm darah dgg tu, hanya nafsu yg brkuasa bg dirinya

  2. kita fkr sejenak ya, dulu tok gani patail, tok abu kasim, tok shukri dan nek zeti kata kertas siasatan dh siap dn hnya mngggu masa utk mndakwa najib, tp malangnya kami ditamatkan perkhidmatan oleh najib, kita fkr logik akal blk atau senang cerita logik bdk spm la ya kenapa kertas siasatan yg sudah pun disiapkan dulu tak diguna pakai utk terus mndakwa najib sekarang ni? kenapa perlu buka siasatan baru? kesalahan yg didakwa oleh mereka najib lakukan sama juga brkenaan 1mdb, mana perginya kertas siasatan yg telah siap dahulu tu? renung2kan dan selamat beramal dibln mulia ini..

  3. Kat mana ummi hafilda yg jd saksi kes pertama dsai??..jd saksi menentang anwar dan samsidar serta abgnya jemin..lakonan hebat sehingga anwar betul ke dalam lanjut master kat uni.sg buloh…perancangan terbaik dr pm masa tu..siap pm backup menyatakan pernah dgr pengakuan mangsa..pelakon terbaik 2018..viral takkan hilang sampai kiamat..

  4. Tertanya – tanya oleh orang bodoh ini, dimana profesional dan ketelusan kp sprm yang baru dilantik ini. Kenapa bertindak seperti mahu membalas dendam dengan bercerita pelbagai dakwaan diancam dan sebagainya dalam satu sidang media? Buat laporan polis dan bawa kes ke mahkamah, tak perlulah dibongkarkan kepada umum. Anda punya bukti kukuh anda tentu akan menang dalam kes itu. Bila anda bercerita perkara yang bukan kepentingan dalam isu 1mdb yang mahu diketengahkan dalam sidang media yang dibuat, ini membuatkan orang ramai mempersoalkan kredibiliti dan kewajaran tindakan anda itu. Pada orang yang cerdik pandai benda ini kecil tapi pada orang bodoh seperti saya ia terlihat seperti menangguk di air keruh kelihatannya.

  5. Sebelum ni, banyak desas desus yang cakap “bahaya kalau cina jadi pemimpin”.

    Hari ni, seorang cina bernama Lim Guan Eng sudah pun menjadi pemimpin kewangan negara Malaysia, negara kita semua.

    Dan hari ni aku bersyukur yang pemimpin cina seorang ini memberitahu kita bahawa sebenar benarnya, duit interest 1MDB sebanyak hampir RM7 billion yang dikatakan “setel melalui 1MDB rationalisation” adalah tidak lain daripada sebuah penipuan yang nyata.

    Hakikatnya, hutang 1MDB RM7 billion selama ni telah ditanggung oleh Kemeterian Kewangan Malaysia.

    Kalau ada pembaca yang masih kurang jelas, dengan kata lain, RM7 billion hutang 1MDB ni dilangsaikan melalui duit rakyat, duit kau, duit aku, duit orang India, orang Melayu, orang Cina, orang Iban, orang Kadazan, duit seluruh rakyat Malaysia.

    Senang cerita, pembayaran hutang interest 1MDB melalui pelan rasionalisasi (tanpa melibatkan wang rakyat) yang digebang pung pang pung pang kepada kita selama ini adalah penipuan yang maha dasyat.

    Kalau selama ini rakyat merungut bantuan itu kena potong, bantuan ini kena sekat, bantuan sana kena henti, bantuan orang miskin orang susah, pelajar, pekebun kecil, peniaga kecil, semuanya menjadi cacat dan tersekat sekat;

    Ingat lah yang RM7 billion dari wang negara yang kita miliki secara senyap senyap dan tidak halal sudah dibiaya ke hutang 1MDB.

    Sejenis hutang yang kita rakyat ni tak terlibat apa pun, sekupang duit pun kita tak dapat apa apa kepentingan daripada 1MDB ni ceritanya.

    Untung apa pun tak dapat,
    Duit untuk rakyat kena sekat,
    RM7 billion habis begitu je, macam musibat.

    Ni 4-5 bulan mendatang ni, negara kena bayar lagi dekat RM1 billion hasil hutang 1MDB yang macam aku bgtau di atas tadi, kita tak tahu menahu apa benda suatu apa pun, tup tup kita kena bayar.

    Jangan, jangan kau cuba ingat 284 kotak beg tangan Birkin tu!
    Hati kau akan sakit.

    Jangan, jangan kau cuba ingat berita semalam yang 11 luggage tu didalamnya ada wang berjumlah hampir RM100 juta!

    Jangan, jangan kau cuba berkira kira baki 61 luggage tu entah berapa ratus juga lagi ada di dalamnya. Sebab kalau kau cuba kira secara exponential, kau akan jumpa jumlah yang terbeliak biji mata;

    Hampir RM700 juta!!

    Gila!

    Tak dapat kita nak bayang macam mana kucar kacirnya perbendaharaan negara sekarang.

    Harapan kita, semoga pemimpin cina (yang ramai cakap bahaya) seorang ni dapat mengguna pakai akal fikiran dan tenaga dia, untuk selesaikan masalah duit negara yang hilang billion billion Menteri lama punya kerja.

    Pelan rasionalisasi kepala hotak depa!!

    Meminjam kata kata satu billboard yang pernah tular di Indonesia tidak lama dulu;

    “Koruptor adalah babi yang berlagak nabi!”

    • Kalau ini semua betul kenapa tak buat tangkapan atau dakwaan….tiap tiap hari di gembar gembur penyelewengan utk rakyat merasa gelisah dan kian benci pada pemimpin dahulu.. srkarang dah jadi kerajaan..,buat lah kerja…sikit sikit buat press statement utk menunjukkan dan mempublickan benda benda yg tak pasti betul ke tidak…kalau tak betul di betulkan..kalau salah ambil tindakan…dah ada kuasa..

    • Rahmah Jaafar 1MDB muflis, tidak mampu bayar hutang

      PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan hari ini dimaklumkan bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah muflis dan tidak mampu membayar hutang.

      Menterinya, Lim Guan Eng berkata, situasi 1MDB itu didedahkan sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayon dan Datuk Kamal Mohd. Ali ketika memberi penjelasan kepada kementerian hari ini.

      Jelasnya, lebih mengejutkan, Kamal turut memaklumkan pelaburan 1MDB sebanyak RM9.8 bilion sejak dua tahun lalu merupakan satu penipuan.

      “Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir melalui sepucuk surat pada Mac lalu juga memaklumkan syarikat itu tidak mampu untuk membayar kadar faedah yang matang pada April dan Mei ini.

      “Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda pula memaklumkan dia ketika ini sedang bercuti sehingga tamat kontrak pada Jun ini dan mendakwa tidak mengetahui langsung mengenai situasi kewangan syarikat,” katanya.

      Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mendapat penjelasan daripada Norazman, Kamal, Arul, Azmi dan bekas Peguam 1MDB, Ivan Chen mengenai kemampuan syarikat pelaburan berkenaan untuk melangsaikan hutang.

      Terdahulu semalam, Guang Eng dalam sidang akhbar pertamanya selaku Menteri Kewangan mengarahkan Arul memberi penjelasan mengenai kemampuan 1MDB dalam membayar hutangnya.

      Guan Eng turut mendedahkan, 1MDB tidak pernah membayar langsung hutang pinjamannya, sebaliknya dibayar oleh Kementerian Kewangan sejak April 2017 yang sudah berjumlah RM6.98 bilion setakat ini.

    • Atan Volvo kenapa you copy and paste…you tak ada pandangan sendiri ke…kenapa 1mdb muflis… kenapa lge nak justification sebelum dia sign surat pembayaran….kalau salah laku repot aje dan suruh sprm dan polis tangkap siapa yg bertanggungjawab…saya pun dah penat dengar cerita 1mdb nie…dah bertahun tahun tapi sebarang pendawaan pun tak ada…atau ini satu konspirasi utk menang pilihan raya…

    • PAC yg cdgkn pelan rasionalisasi 1mdb.. PAC nih ahli2 trdiri dpd ahli DAP, BN dan pihak yg neutral jugak.. Semua yg mengikuti prkembangan 1mdb nih mmg maklum yg 1mdb mmg xde tunai yg byk, sbb 1mdb nih mmg berasaskn pelaburan/pinjaman konsepnya.. Menjana keuntungan dari hutang/pinjaman/pelaburan.. Singapura dh lama ada syrkt mcm 1mdb nih sbb Singapura negara yg xde hasil bumi yg byk.. So, gov yg terdahulu sblum ni nk pelbagaikn pendapatan negara, x mau trlalu brgantung pd hsk bumi mcm petroleum, klpa sawit.. maka syarikat 1mdb ditubuhkn mengambil inspirasi dari penjanaan hasil pendapatan Singapura dr konsep yg sama. Berbalik pd pelan rasionalisasi, Imdb telah diserapkan sebagai shell company MOF.. Di mana MOF akan mmbayar pinjaman/pelabur 1mdb yg kontraknya bersifat jangka pjg.. Dgn pembayaran dibuat MOF, MOF kini berhak, berkuasa penuh ke atas aset2 1mdb yg dibeli menggunakn dana pinjaman/pelabur trsebut yg setakat ini berjumlah RM43 billion.. Ada juga aset 1mdb yg telah dijual utk mmbyr pinjaman sprt edra.. Hutang 1mdb brjumlah RM 30 billion menandakan jumlah aset2 nya melebihi hutangnya.. Aset2 1mdb boleh meningkat price valuenya dr tahun ke tahun.. Pasal 1mdb menggunakn wang cukai rakyat utk mmbyr hutangnya.. kenyataan ini belum dibuktikan lagi secara sahih kerana siasatan terbaharu 1mdb oleh sprm baru shj dibuka bbrp hari yg lps.. Fakta ok bukan cerita politicians yg nk kaut pengundi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.