KP SPRM sepatutnya membuat laporan polis cubaan merasuah dirinya - pakdin.my

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull sepatutnya membuat laporan ke pihak berkuasa selepas ada individu yang cuba menyogok dirinya untuk menutup kes 1MDB.

Beliau berkata, perkara itu dijelaskan selepas Shukri mendakwa pernah ditawarkan rasuah oleh seorang ahli parlimen bagi menghentikan siasatan terhadap 1MDB itu.

“Berdasarkan kenyataan itu, ia membuktikan Shukri gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya.  Kegagalan beliau melaporkan perkara ini merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 25 (1) dan (2)  Akta SPRM 2009.

“Jika disabitkan bersalah, Shukri boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Justeru beliau yang juga bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan membuat laporan polis hari ini di Balai Polis Kelana Jaya berhubung perkara itu memandangkan kejadian itu berlaku semasa Shukri masih penjawat awam.

Katanya, tiada timbul istilah takut kerana terdapat akta perlindungan saksi dan beliau boleh memohon diletakkan dibawah skim perlindungan saksi.

“Cukup-cukuplah dengan politik dendam diamalkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak semua rakyat  boleh terima cerita dongeng Shukri ini. Malah kenyataan beliau semalam membuktikan ada subjudis dan beliau telah menimbulkan prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.

“Jika apa yang Shukri katakan adalah benar, ini jelas membuktikan bahawa pelantikan beliau sebagai Ketua Perusuhjaya SPRM adalah dengan tujuan khusus untuk membalas dendam dan memastikan Najib dipenjarakan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Rule Of Law hanya untuk mereka yang menentang Pakatan Harapan sahaja dan bukan pemimpin rejim Mahathir (dan) DAP,” katanya.

https://pakdin.my/tag/sprm

#RuleOfLawRimba

UTAMAPOLITIKKP SPRM sepatutnya membuat laporan polis cubaan merasuah dirinya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium