KPDNKK KELANTAN PINTAS LORI CUBA SELUDUP MINYAK MASAK SUBSIDI

KOTA BAHRU – Penguatkuasa Kementerian Perdadangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya memintas sebuah lori ais yang cuba menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran lewat malam tadi.

Hasil makluman dan risikan awal petang semalam, penguatkuasa KPDNKK mengesan tindakan lori yang menghantar ais batu kristal dalam masa yang sama membeli minyak masak bersubsidi dikedai-kedai sekitar Kota Bahru, Pasir Mas, dan Tanah Merah.

Siasatan awal mendapati, lori yang membawa 55 kotak berisi minyak masak berkenaan dalam perjalanan menuju ke sebuah stor di Rantau Panjang sebelum dibawa masuk ke negara jiran untuk pasaran di Danok, Thailand.

Rampasan sebegini bukanlah perkara baharu, bidang kuasa KPDNKK adalah didalam negara sahaja manakala jika penyeludupan berlaku ianya dibawah tanggungjawab penuh Agensi Kawalan Sempadan.

Sebagai rakyat Malaysia,jika terdapat tindakan atau aktiviti luar biasa yang melibatkan perkara atau kes seperti diatas, laporkan atau membuat aduan terus ke 1-800-886-800.

20161103-pintas-seludup-minyak-masak

Loading...

12 KOMEN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini