KPDNKK Pulau Pinang serbu restoran jual roti canai telur RM2.50 - pakdin.my

roti-telur-2-50-pulau-pinang

GEORGE TOWN: Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul pada Sabtu diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNN) Pulau Pinang gara-gara menjual roti canai telur pada harga RM2.50.

Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri Chin Ching Chung berkata pemeriksaan pada 10.40 pagi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan pengguna mengatakan harga roti canai telur sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ialah RM1.80.

“Peniaga terbabit diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan dokumen berkaitan dan menyatakan sebab munasabah mereka menaikkan harga sebelum tindakan penguatkuasaan diambil,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata jika pengusaha gagal mengemukakan alasan kenaikan itu dalam tempoh yang ditetapkan mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Jika pengusaha terbabit didapati mengaut keuntungan dengan margin berlebihan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 14 akta sama,” katanya.

Chin berkata siasatan lanjut mendapati harga roti canai telur di restoran itu berubah beberapa kali sebelum April iaitu dari RM1.80 kepada RM2.20 dan terbaru menjadi RM2.50 selepas GST.

Tinjauan mendapati tanda harga pada papan menu menggunakan pelekat yang mudah dipinda mendapati harga roti canai telur pernah dijual pada harga serendah RM1.60.

Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan harga dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa sikap tamak segelintir peniaga yang mengambil kesempatan pelaksanaan GST untuk menaikkan harga barang sesuka hati.

UTAMADUNIAKPDNKK Pulau Pinang serbu restoran jual roti canai telur RM2.50

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium