KPN kata Jho Low ada di Wuhan – sebelum ini kata ubah wajah jadi beruang - pakdin.my

JIKA sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Low Taek Jho atau Jho Low telah melakukan pembedahan mengubah wajah seperti beruang dan berjalan seperti seladang, kini beliau mengesahkan ahli perniagaan itu berada di Wuhan, China.

“Sebelum ini, dia disahkan bersembunyi di Wuhan, ikut risikan antarabangsa, tetapi tidak ada maklumat terbaharu sama ada dia melarikan diri dari situ ekoran penularan Covid-19.

“Kalau dia datang ke Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia akan berikan rawatan terbaik untuk dia kerana kita terbukti terbaik apabila berjaya menyembuhkan sembilan orang yang positif Covid-19 setakat ini,” katanya.

Katanya, notis merah untuk mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu sudah dikeluarkan Interpol.

Abdul Hamid berkata, bagaimanapun notis merah itu tidak boleh didedahkan kepada umum sebaliknya ia hanya terhad untuk edaran dalam kalangan agensi penguat kuasa sahaja.

“Sebenarnya red notice (notis merah) sudah ada dan memang (Jho Low) tersenarai,” katanya.

Sebelum ini Abdul Hamid memberitahu Jho Low sukar dikesan kerana telah melakukan pembedahan bagi mengubah wajah dan lebih mirip kepada beruang.

Selain itu katanya Jho Low juga telah menukar perwatakan dengan berjalan seperti seladang.

Jho Low adalah ahli perniagaan yang paling dikehendaki bagi membantu siasatan kes 1MDB.

UTAMAPOLITIKKPN kata Jho Low ada di Wuhan - sebelum ini kata ubah...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium