KPN: Ordinan Darurat baru tidak ketepikan hak asasi manusia

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tan Sri Khalid Abu Bakar

Cadangan untuk memperkenalkan undang-undang baru yang menyamai Ordinan Darurat (EO) tidak semestinya mengetepikan hak asasi manusia, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata beberapa mekanisme termasuk unsur-unsur pemantauan “check and balance”, akan memastikan penyalahgunaan kuasa tidak berlaku untuk undang-undang baru tersebut.

“Sebenarnya, banyak orang kurang puas hati dengan EO ini kerana salah guna kuasa undang-undang tersebut. Sebab undang-undang ini tidak perlu membicarakan seseorang,” kata Khalid dalam satu temubual eksklusif bersama Astro Awani.

“Tetapi untuk undang-undang baru ini, lebih banyak ‘check and balance’ boleh dikenakan. Boleh pergi ke mahkamah, kita rasa ini tidak menjadi masalah,” kata beliau.

Jelasnya, untuk mengelakkan salahguna kuasa, Kementerian Dalam Negeri mencadangkan pemantauan oleh panel bebas yang mungkin melibatkan bekas hakim.

Pada hujung tahun 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan EO bersama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta Akta Buang Negeri.

Namun kebelakangan ini, pemansuhan EO didakwa telah menyebabkan pembebasan 2,600 tahanan yang kepada peningkatan kadar jenayah ganas.

Berikutan kes tembak yang dilihat semakin berleluasa, Najib telah menyatakan kesediaan kerajaan untuk mempertimbangkan ‘apa sahaja’ untuk membantu polis memerangi jenayah.

“Kita memohon satu undang-undang baru untuk menggantikan EO, kita pun tahu Najib sudah memberi persetujuan supaya undang-undang baru dibuat secepat mungkin,” katanya.

Tambah beliau, polis berharap undang-undang baru ini akan membantu kita dalam menangani masalah-masalah keganasan penjenayah.

Tambah khalid lagi, salah satu masalah utama yang dihadapi oleh polis kini sejak pemansuhan ordinan darurat adalah ketakutan saksi saksi tampil ke mahkamah untuk memberi keterangan terhadap penjenayah.

“Undang-undang EO(dulu), saksi tidak diperlukan untuk memberi keterangan terbuka di mahkamah, jadi kerahsiaan siapa dia terjamin. Jadi orang yang disiasat itu, dia tidak tahu, bagaimana, atau siapa saksi-saksi yang memberi keterangan itu.”

“Jadi bila kita memansuhkan EO. Saksi engan ke depan untuk membagi keterangan. Ini membuat penjenayah jadi kepala lebih besar. Kerana dia tahu orang tidak berani memberi memberi keterangan terhadap dia,” katanya.

Beliau berkata hal ini antara adalah antara perkara yang polis telah bangkitkan terhadap Jabatan Peguam Negara.

Selain daripada undang-undang baru ini, Khalid berkata polis juga mengambil langkah-langkah yang lain yang masih tidak boleh didedahkan lagi.

Loading...

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini