Krisis Air Lembah Klang: Fakta, Kebodohan dan Realiti

Telah banyak diperkatakan mengenai krisis air di Lembah Klang. Untuk melihat fakta dan kebodohan Khalid Ibrahim boleh baca di sini. Hari ini pasukan siber Pakatan akan menggunakan beberapa alasan bagi mengelirukan rakyat.

- Advertisement -

Alasan 1:

Ini kejadian alam – kemarau. Tiada sesiapa yang boleh berbuat apa-apa. Negeri lain pun ada catuan bukan Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja.

Fakta:

1. Bukan salah alam, bukan salah takdir, bukan ketentuan Allah. Masalah ini berpunca daripada Khalid Ibrahim kerana masalah air di Lembah Klang pada 2014 telah dijangka sejak 2000. Sejak tahun 2000 kerajaan telah melakukan kajian dan mendapati Lembah Klang akan berhadapan masalah krisis air pada 2014.

Kemarau dan pertambahan penggunaan air telah dijangka oleh kerajaan yang cekap di bawah Barisan Nasional. Sebab itu telah dirancang Projek Loji Air Langat 2 yang sepatutnya siap pada tahun ini. Kerajaan telah membina terowong air yang berharga berbilion ringgit bagi menyalurkan air mentah.

Malangnya, Khalid Ibrahim telah menghalang projek ini pada 2008 dan menyatakan bahawa krisis air di Lembah Klang akan berlaku pada 2019.

malaysiakini

2. Memang negeri lain ada catuan. Namun di negeri catuan seketika sahaja dan tidak makan masa berbulan-bulan. Catuan di lembah klang juga menjejaskan pelbagai industri yang menjadi nadi ekonomi negara.

Alasan 2
Catuan Air ini sengaja dibuat oleh Syabas untuk menyusahkan kerajaan Pakatan

Fakta

Keputusan catuan Air dan apa sahaja isu air di Lembah Klang adalah di bawah kuasa Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apa sahaja keputusan muktamad mengenai pembekalan air di Lembah Klang adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Selangor. Khalid Ibrahim berkuasa penuh dalam isu air. Pihak lain hanya boleh memberi cadangan dan nasihat. Catuan ini diputuskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang terdapat wakil kerajaan Persekutuan dan Negeri. Cadangan SPAN tidak boleh dilaksanakan jika Khalid Ibrahim tidak bersetuju.

Syabas hanya syarikat pelaksana yang tiada sebarang kuasa untuk menentukan kawasan catuan mahu pun kaedah catuan.

Alasan 3
Di kawasan pedalaman yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional pun banyak ada terputus bekalan air.

Fakta

Memang terdapat kawasan pedalaman yang berhadapan masalah air kerana sistem perbekalan air yang belum cekap seperti di lembah Klang. Kerajaan sentiasa melakukan peningkatan dan usaha menaik taraf sistem perbekalan air bersih di luar bandar. Yang penting kerajaan sentiasa berusaha menambahbaik mana yang lemah.

Ini berbeza dengan Khalid Ibrahim dan Pakatan yang bertindak menghalang usaha dan perancangan kerajaan BN untuk memastikan krisis bekalan air pada 1998 tidak berulang.

Kajian dan Perancangan yang dibuat oleh kerajaan BN sejak tahun 2000 digagalkan oleh Khalid Ibrahim sebaik sahaja beliau menjadi Menteri Besar. Apakah krisis bekalan air di Lembah Klang kali ini bukan salah Khalid dan PKR?

Bukan kita mahu mendahului kuasa Allah. Kita tidak marah Khalid jika semua perancangan telah dilaksanakan tetapi tetap berlaku krisis bekalan air. Kita hanya mampu merancang, Allah juga menentukan.

Yang kita marah ialah apabila Khalid dengan penuh bongkak pada 2010, 2011 dan 2012 seolah-olah “menjadi tuhan” menolak kajian dan peyelidikan yang dilakukan, dan menyatakan krisis bekalan air paling awal akan berlaku pada 2019.

Sekarang kita tidak boleh salahkan Khalid? Memalukan!

 

..

 

Berita Berkaitan

Komen

......
  1. Satu andaian yang bodoh dan membodohkan.Negeri Sebilan, Melaka, Johor,malah Pahang yang mempunyai sungai tersebasr di Semenanjung juga mengahadapi krisis air. Cuma Selangor yang kependudukannya padat ditambah pula dengan Kuala Lumpur dan Putra Jaya yang bergantung kepada bekalan air Syabas sudah tentu mendapatan tekan lebih permintaan air. Adakah cuaca panas dan kemarau selama hampir tiga bulan disebabkan oleh Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan. Janganlah jadi terlalu bangang. Dan siapakah yang menghalang kerajaan Selangor dari mengambilalih pengurusan air dari Syabas ( yang padat dengan kroni2 umno)?? Pepatah ada mengatakan, apabila anda menunujuk satu jari kepada orang lain, Tiga jari menunjuk kepada kamu sendiri. Cuma ibu jari saja yang berkecuali.

  2. Nak komen baca sampai habis dan faham!
    Krisis tempat lain berpanjangan ke? Macm2 mereka buat termasuk menyalurkan air ketempat yang kekurangan dan Melaka perna beli air dari Negeri Sembilan bagi mengatasinya. Di Pahang adakah semua daerah kena? Kawasan yang bertekanan rendah dan kurang ekonomik, itupun berjaya diatasi tidak berlarutan.
    Selangor negeri maju dan tiada kawasan yang tidak ekonomik. Apayang mereka lakukan?
    Mana air membran, air lombong, dsbnya? Mana pergi kata2 angkuh yang mengatakan takkan ada krisis air 2014 yang disebut pada 2010? Jangan nak salahkan Syabas plk sebab keputusan di tangan kerajaan negeri samaada kerana saham 30% atau keranan pentadbiran yang memiliki kuasa penuh..
    Siapa yang halang pengambilan air oleh kerajaan Selangor? Wiling seller willing buyer lah.
    Memang dari dulu Ai Selangor meliputi KL dan Putrajaya dan pembangunan pesat memerlukan pembangunan terhadap sumber air juga, kenapa halang pembinaan Langat 2? Keran kepentingan politik atau kepentingan rakyat?
    http://pakdin.my/?p=24847 baca rentetan peristiwa.

Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.