30.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Krisis Air: Menteri Besar Selangor Patut Berhenti Salahkan Syabas @Khalid_Ibrahim

krisis air selangorBeberapa penduduk yang sengsara akibat krisis air di Lembah Klang sejak dua minggu lepas, hari ini mendesak pihak berkaitan termasuk kerajaan Selangor mencari penyelesaian segera terhadap masalah itu kerana mereka tidak sanggup lagi menanggungnya.

Menurut mereka sikap menuding jari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai punca masalah semata-mata tidak akan membantu menyelesaikannya.

Sebaliknya mereka mahu kerajaan negeri dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanggungjawab.

Penduduk Apartmen Pandan Utama di sini, Nur Adilah Ali, 28, berkata Abdul Khalid tidak sepatutnya melepaskan isu air kepada Syabas semata-mata kerana kawasan yang terlibat terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Adilah, kakitangan sebuah syarikat swasta, turut meragui kemampuan kerajaan Selangor untuk mewujudkan negeri berkebajikan sedangkan isu air yang merupakan keperluan asas tidak dapat ditanganinya dengan baik.

Menurut Syabas punca utama krisis air sejak 29 Dis lalu ialah kerosakan di rumah pam Wangsa Maju di sini yang digunakan secara melebihi kapasiti sejak beberapa tahun lalu.

Pam itu yang digunakan sejak 2009 direka dengan kemampuan untuk mengepam air pada kadar 180 Juta Liter Sehari (JLH), tetapi penggunaan hariannya mencapai 210 JLH ekoran permintaan bekalan air yang meningkat.

Pada 1 Jan, rumah pam Ulu Pudu Baru pula mengalami kerosakan.

Kedua-dua rumah pam telah dapat dibaiki dan beroperasi sepenuhnya semula pada 6 Jan.

Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail pada kenyataan 8 Jan lalu, berkata krisis itu dijangka berpanjangan sehingga Tahun Baru Cina bulan depan kerana berlaku penangguhan program CAPEX yang merangkumi kerja pembaikan, menaik taraf, atau pertukaran aset dan sistem pengagihan air semasa oleh kerajaan Selangor selain berlaku kekurangan air yang dirawat berbanding peningkatan permintaan.

Seorang lagi penduduk Kaizer Daris Abdullah, 37, meluahkan rasa kecewa dengan sikap pemimpin kerajaan Selangor yang tidak turun padang untuk melihat sendiri masalah penduduk yang memberikan sokongan pada pilihan raya umum yang lepas.

“Ini mencerminkan sikap tidak mengambil berat terhadap nasib rakyat. Mereka nampaknya lebih suka berpolitik dan menganjurkan perhimpunan yang tidak memberi apa-apa makna kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, penduduk di Flat Sri Johor, Cheras di sini, Mohammad Mahidi, 62, berkata tindakan segera perlu diambil kerana ia membebankan penduduk terutamanya golongan warga emas yang terpaksa mengangkat air menaiki tangga.

“Masalah air bukan satu perkara remeh dan tidak boleh diselesaikan dengan cara hanya melihat dari jauh. Mereka perlu menjenguk kawasan yang terjejas dan melihat bagaimana penduduk termasuk 15 ibu tunggal mengangkat air setiap hari,” katanya.

Beliau yang telah 29 tahun menetap di flat terbabit juga menambah isu air tidak wajar dijadikan bahan politik untuk meraih simpati kerana air merupakan keperluan paling asas.

Beliau juga berharap agar pertikaian berhubung isu pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor dapat diselesaikan segera bagi memastikan krisis air tidak berlaku pada masa hadapan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan berkata sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Selangor menerusi projek mitigasi kerajaan persekutuan hanya bersifat penyelesaian jangka pendek masalah air.

Ruslan juga berkata Langat 2 yang sedang diusahakan kerajaan persekutuan merupakan penyelesaian jangka panjang bagi menjamin krisis air tidak berlaku di masa hadapan dan memohon supaya ia dapat disegerakan.

Y.K.Yong, 60, penduduk Kondominium Seri Mas, Cheras, di sini berkata pihak yang terlibat dalam isu air perlu bersikap matang dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi agar rakyat tidak terus menjadi mangsa.

“Saya perlu mengangkut air sebanyak dua atau tiga kali ke rumah di tingkat 17. Saya tidak tahu bila masalah ini akan selesai dan sampai bila saya perlu menunggu ketibaan lori air setiap hari,” katanya.

Sementara itu, penduduk Flat Sri Melaka, di sini P. Shalini, 21, menyifatkan masalah air yang berlanjutan selama beberapa minggu sebagai memalukan kerana ia tidak seharusnya berlaku di zaman serba canggih pada masa kini.

Beliau yang tinggal di situ bersama ibu dan empat beradik sejak lapan tahun lalu menambah, pihak yang bertanggungjawab perlu berfikir secara rasional dan bersikap profesional bagi mengatasi masalah air supaya rakyat tidak terus dibebani sehingga hilang keyakinan kepada pemimpin.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan