Wednesday, June 23, 2021
POLITIKKrisis Air Selangor: Dakwaan MB Selangor kelirukan rakyat - Maximus

Krisis Air Selangor: Dakwaan MB Selangor kelirukan rakyat – Maximus

maximus-ongkili-soal-jawab-tv3

Dakwaan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan pusat telah melanggari perjanjian utama berkenaan penstrukturan air di negeri itu adalah satu kenyataan tidak betul dan mengelirukan orang awam.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian terbabit telahpun dikuatkuasakan.

Beliau berkata, sungguhpun perjanjian utama sudah ditandatangani pada 12 September lalu, ia masih belum lagi berkuatkuasa kerana terdapat conditions precedent (CPs) yang belum dipenuhi.

CPs yang belum dipenuhi berikutan keengganan kerajaan negeri menyelesaikan beberapa isu katanya termasuk menyelesaikan urusan pindah milik aset air; urusan pindah milik aset air syarikat konsesi serta memuktamadkan senarai aset miliknya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang bertanyakan sama ada kerajaan pusat masih komited untuk melaksanakan “Master Agreement” penstrukturan air Selangor di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata keengganan isu terbabit diselesaikan menyebabkan pihak terbabit dalam perjanjian utama air itu bersetuju melanjutkan tempoh cut off date bagi memenuhi CPs perjanjian utama sebanyak tiga kali.

“Isu terbabit sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November lalu tetapi kerajaan Selangor masih gagal untuk menyelesaikan isu itu sehingga tamat tempoh lanjutan ketiga pada semalam,” katanya.

Sementara itu, Maximus memaklumkan sehingga 25 Februari lalu, kemajuan fizikal bagi pembinaan komponen loji Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya (LRAL2) hanyalah pada 1.18 peratus, berbanding jadual iaitu 3.43 peratus.

Kelewatan itu katanya, berlaku kerana kerajaan negeri telah mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji terbabit sehingga penstrukturan semula dimuktamadkan.

“Keputusan kerajaan negeri ini akan menyebabkan LRAL2 tidak dapat disiapkan pada 2007 dan menjejaskan bekalan air kepada rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya,” katanya.

Beliau turut menegaskan tindakan kerajaan negeri ini adalah bercanggah dengan memorundum persefahaman (MoU) dan heads of agreement (HoA) yang telah ditandatangani.

“Pelaksanaan LRAL2 sebenarnya tidak ada kaitan dan tidak tertakluk kepada perjanjian utama ini. Pada hemat saya, kerajaan negerilah yang telah melanggari MoU dan HoU,” katanya.

Pelaksanaan penstrukturan air di Selangor tertangguh disebabkan kerajaan negeri itu enggan menyelesaikan tiga daripada lapan syarat Perjanjian Utama dengan kerajaan pusat melanjutkan krisis bekalan air bersih negeri itu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ini termasuk syarat supaya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada Air Selangor mengikut kehendak Akta 655.
Katanya Air Selangor juga masih belum selesaikan urusan pindah milik aset kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM1.68 bilion bagi membantu Air Selangor membiayai kos pengambilalihan syarikat konsesinya.
“Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsensi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat konsensi oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azmin Ali (Gombak-PKR) mengenai komitmen kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Perjanjian Utama Penstrukturan Air Negeri Selangor yang masih belum selesai, di Dewan Rakyat, hari ini.
Maximus berkata sungguhpun Perjanjian Utama telah ditandatangani, ia masih belum lagi berkuat kuasa kerana terdapat syarat duluan yang belum dipenuhi.
“Oleh itu kenyataan Ahli Yang Berhormat Gombak bahawa kerajaan Persekutuan telah melanggari perjanjian adalah kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan orang awam,” katanya.
Maximus menjelaskan kerajaan Persekutuan menawarkan untuk melanjutkan tempoh memenuhi syarat duluan perjanjian sebanyak tiga kali dan tempoh lanjutan ketiga tamat pada 9 Mac iaitu semalam dan menawarkan lagi untuk melanjutkan tempoh kepada Selangor.
Sehubungan itu katanya kerajaan amat kesal apabila Azmin sebagai Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan kepada media semalam bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk melanjutkan Perjanjian Utama.
Mengenai perkembangan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya, Maximus berkata sehingga 25 Feb lalu, kemajuan pembinaannya hanya pada 1.18 peratus berbanding pada jadual ditetapkan 3.43 peratus.
“Saya dimaklumkan kelewatan ini berlaku kerana kerajaan negeri Selangor mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula dimuktamadkan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor kerana ia memberi kesan terhadap rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.
Sesi soal jawab soalan itu juga agak tegang apabila Azmin bangkit mempersoalkan tindakan kerajaan Persekutuan yang didakwa membuat tuntutan pindah milik tanah bagi saluran batang paip air negeri itu yang melibatkan kawasan tanah seluas 26,000 kilometer.
Beliau berkata kerajaan negeri sedia menghormati perjanjian yang telah ditandatangani namun tindakan untuk pindah milik tanah itu didapati bercanggah daripada prinsip dan semangat dipersetujui.
“Adakah kerajaan Persekutuan cuba untuk merampas kedaulatan negeri Selangor dengan mengambil tanah-tanah ini. Ia adalah tanah yang ditempatkan saluran paip air, kenapa perlu dipindah milik?,” katanya yang menyebabkan situasi sedikit tegang dengan pertikaman lidah antara kedua-dua belah pihak.
Susulan kenyataan yang panjang daripada kedua-dua pihak, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihatkan Maximus dan Azmin agar membincangkan perkara itu di tempat lain dan lebih kondusif bagi menyelesaikan sebarang salah faham.
“Ini kerana perbincangan ini melibatkan isu yang amat penting jadi biarlah dibincang di tempat lain dan bukannya di sini kerana masanya singkat,” katanya yang menyifatkan sesi soal jawab bukan masa yang sesuai untuk berbahas dengan panjang lebar.

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here