KrIsis Air Selangor: Peniaga Lembah Klang Rugi RM100j - pakdin.my

Lebih RM100 juta nilai kerugian dialami oleh para peniaga di sekitar Lembah Klang gara-gara krisis air pada minggu lalu sehinggakan mereka terpaksa menghentikan operasi seketika.

Anggaran nilai itu diperoleh Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) hasil penelitian dan bertemu sendiri dengan para peniaga terbabit.

Sehubungan itu, Presiden CASSA, Datuk Dr. Jacob George menggesa satu unit tindakan khas ditubuhkan bagi menangani isu gangguan air seterusnya mengelak peniaga da­ripada mengalami kerugian serupa pada masa depan.

Katanya, walaupun gangguan bekalan air sering berlaku, namun sehingga kini tiada satu jalan penyelesaian diambil sama ada oleh kerajaan PKR Selangor mahupun Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) bagi mengatasinya.

“Minggu lepas, CASSA telah menghantar satu usul kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk merayu baginda mendirikan unit tindakan khas yang terdiri daripada golongan pakar, ahli CASSA dan juga pegawai daripada kerajaan Pusat serta negeri.

“Isu ini bukannya baru terjadi dan sepatutnya boleh diselesaikan dari dulu lagi. Perkara ini jelas menjejaskan rutin harian penduduk di sekitar kawasan yang terjejas sehingga ada yang sanggup ‘lari’ ke Seremban dan sempadan Perak semata-mata untuk mencari air,” katanya lapor Utusan Malaysia, hari ini.


Sumber:

https://pakdin.my/tag/krisis-air/

UTAMABERITAKrIsis Air Selangor: Peniaga Lembah Klang Rugi RM100j

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium