32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Krisis Air: Syabas Sangkal Tuduhan Abdul @Khalid_Ibrahim, Sifatkan Selangor ‘Baling Batu Sembunyi Tangan’

krisis air selangor

krisis air selangorKUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyangkal dakwaan dan tuduhan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyalahkan syarikat konsensi itu berhubung krisis air di Selangor.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas Ir.V.Subramaniam berkata sikap menyalahkan Syabas dan menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan Syabas yang memberi manfaat kepada rakyat umpama ‘Baling Batu Sembunyi Tangan’.

“Sikap menyalahkan Syabas yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan sewajarnya selaku sebuah kerajaan adalah umpama ‘Baling Batu Sembunyi Tangan’.

“Tindakan menghalang program-program menaik taraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek-projek baru sistem agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (Capex) Syabas adalah tidak wajar,” katanya pada sidang media Status Terkini Gangguan Bekalan Air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Gombak, di Ibu Pejabat Syabas dekat sini, Selasa.

Katanya belum pernah terjadi keadaan di mana sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut beliau tuduhan-tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor jelas mengelirukan orang ramai dengan merujuk gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada 29 Disember 2012 ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju berfungsi.

Ekoran kerosakan, Abdul Khalid mendakwa Syabas gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan pihaknya mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.

“Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ia beroperasi dalam keadaan ‘overload’ dalam tempoh yang lama.

“Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam adalah disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik,” jelasnya.


Mengulas lanjut beliau berkata Pam Nombor 2 itu sering mengalami kerosakan sistem dan kerja pembaikan hanya boleh dibuat pihak pembuat/pembekal yang lebih pakar.

Tegasnya Syabas mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekod segala aktiviti di rumah pam termasuk kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Tambahnya, dakwaan Abdul Khalid bahawa Syabas sudah mengetahui tentang kerosakan dan telah memberi teguran awal kepada Syabas juga adalah tidak benar.

“Dakwaan ini adalah tidak benar kerana kerajaan Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau seumpamanya kepada Syabas sama ada bertulis atau lisan,” katanya.

Dalam sidang media yang sama beliau turut menafikan pihaknya pernah memberikan alasan ‘tidak cukup duit’ untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air.

“Syabas tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut Syabas tidak mempunyai wang membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik.

“Ini adalah rekaan YAB Menteri Besar sendiri,” katanya yang bagaimanapun mengalu-alukan bantuan kerajaan Negeri selaku pemegang 30 peratus saham dalam Syabas.

Katanya, kerajaan Negeri Selangor perlu memikirkan soal kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta meluluskan program-program yang dicadangkan oleh Syabas untuk kebaikan rakyat.

Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Komen

..