28.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Krisis Matawang Dunia: Malaysia pada masa ini lebih berdaya tahan berbanding negara jiran

prestasi-ringgit-sejak-2011

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar menjelaskan, bahawa kedudukan Malaysia pada masa kini adalah lebih berdaya tahan berbanding dengan krisis sebelum ini.

Malah katanya, negara ini akan lebih berdaya tahan daripada negara jiran seperti Indonesia.

Abdul Wahid berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan seorang pengurus dana yang mengirim emel kepada beliau mengenai satu nota penyelidikan dari JP Morgan bertajuk “Adakah Malaysia mengambil langkah Indonesia,”.

“Setelah menerajui Maybank yang mempunyai operasi besar di Indonesia, boleh saya katakan asas ekonomi di antara Malaysia dan Indonesia adalah berbeza,” katanya dalam jawapan yang turut diperolehi BNBBC.my.

Berikut jawapan penuh Abdul Wahid.

Sekembalinya saya dari New York baru-baru ini, salah seorang pengurus dana yang telah saya temui mengirim emel kepada saya mengenai satu nota penyelidikan dari JP Morgan bertajuk “Adakah Malaysia mengambil langkah Indonesia?” Ini adalah jawapan pendek kepada emel beliau.

“Saya juga gembira bertemu dengan anda sekali lagi. Terima kasih kerana sudi berkongsi nota ini. Malangnya, saya tidak bertemu dengan Harsh Modi apabila dia berkunjung ke KL.

Setelah saya menerajui Maybank yang mempunyai operasi besar di Indonesia, boleh saya katakan asas ekonomi di antara Malaysia dan Indonesia adalah berbeza:

1. Ekonomi Malaysia mempunyai lebih banyak kepelbagaian di mana kebergantungan kepada komoditi pada 2014 (sebelum kejatuhan ketara dalam harga komoditi) adalah lebih rendah iaitu 18% dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 23% dari eksport dan 30% dari hasil kerajaan . Pada bulan April 2015, kami melaksanakan GST bagi meluaskan pendapatan asas selanjutnya. Ini bagi membantu mengurangkan sebahagian kesan daripada kejatuhan hasil minyak dan gas.

2. Hutang kerajaan pada paras 54% adalah di bawah had yang dikenakan iaitu sebanyak 55% dan dijangka menurun secara beransur-ansur apabila kita mendapatkan sektor swasta untuk memacu pembentukan modal tetap/ pelaburan. Pelaburan swasta meningkat kepada 64% daripada jumlah pelaburan pada tahun 2014 dan terus meningkat kepada 71% pada separuh pertama tahun 2015. 97% daripada hutang kerajaan adalah dalam mata wang MYR.

3. Sistem kewangan kami juga telah dibangunkan dengan ekuiti dan pasaran modal hutang yang besar. Malah pasaran modal hutang kami adalah yang paling maju di ASEAN dengan keupayaan untuk membiayai projek-projek infrastruktur jangka panjang. Bank-bank pula mempunyai modal yang mencukupi, diuruskan dengan cemerlang bagi risiko dan pengurusan kecairan, dikawal selia dengan baik dan berkesan di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia.

4. Hutang korporat pada paras 56% bagi PLC adalah jauh lebih rendah daripada tahun 1997 / 98. Kebanyakan hutang korporat dinyatakan dalam MYR. Syarikat-syarikat yang meminjam dalam USD atau mata wang asing yang lain mempunyai persamaan aset atau aliran pendapatan.

5. Dengan PE 14 kali ke hadapan, penilaian pasaran boleh dianggap munasabah terutamanya jika anda mengambil kira analisis Maybank Kim Eng baru-baru ini mengenai ketahanan pasaran saham Malaysia.

Malah, saya akan mengatakan bahawa kedudukan Malaysia pada masa kini adalah lebih berdaya tahan berbanding dengan krisis sebelum ini dan sudah tentu kita akan lebih berdaya tahan daripada negara jiran yang disebut tadi jika anda melakukan perbandingan di antara keduanya.  Bagi pihak saya, kami akan terus memberi tumpuan kepada asas-asas ini dan membiarkan pasaran menentukan ‘harga’ yang sesuai untuk pasaran kewangan kami.

Terima kasih untuk masa anda dan sila maklumkan kepada kami jika anda memerlukan maklumat lanjut atau penjelasan.

Berita Berkaitan

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun...

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan