Krisis MB Selangor: Ahli Parlimen PAS Sepang Sokong Calon MB Dari DAP, Sanggah Kenyataan Presiden

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

hanipa-maidin

Sudah jelas PAS Pusat mengarahkan semua pemimpin parti tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan isu menteri besar Selangor namun Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dilihat mencabuli arahan itu.

Atas kapasiti seorang peguam, Hanipa didapati engkar arahan parti dengan menyertai forum ‘Mengapa Khalid Harus Berhenti’ di Dewan Perniagaan Cina Selangor, malam tadi dan membuat kenyataan terbuka mengenai isu itu.

Cukup menyedihkan apabila beliau mendakwa Presidennya sendiri tidak ada kuasa veto menentukan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal menjadi menteri besar Selangor dan veto tidak pernah diamalkan dalam parti PAS.

Lebih parah lagi apabila Hanipa tidak segan-segan menyatakan sokongan terbukanya kepada mana-mana calon DAP yang mahu menjadi menteri besar Selangor.

Mengenai sokongan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, wakil rakyat PAS Sepang itu mengulangi pendiriannya bahawa itu hanya pandangan peribadi Hadi dan tidak mewakili parti.

Hanipa berkata, soal peralihan kuasa menteri besar Selangor beliau tidak boleh pejam mata membiarkan isu ketidakcekapan terus membelenggu pentadbiran negeri itu.

“Pendirian PAS sememangnya berpegang kepada keputusan yang dicapai melalui tahaluf siyasi,” katanya tanpa mengambilkira keputusan yang akan diumumkan pada 10 Ogos nanti.

Seperti yang diduga, Hanipa menghargai PKR dan DAP melebihi parti sendiri dengan berkata: “Apabila PAS menerima satu keputusan, kita tidak pernah melupakan Pakatan Rakyat (PR) dan itu kita pertahankan, Meskipun saya sayangkan presiden saya, namun saya lebih sayangkan parti.”

Dengan angkuh Hanipa menyambung: “Presiden datang dan pergi namun kita mesti kekalkan apa yang dipersetujui, demi mandat diberikan rakyat.” Agaknya Hanpia terlupa siapa yang membawanya masuk bertanding dan menang di Sepang, kalau bukan presiden PAS dan rakan-rakan.

Agaknya Hanipa cukup terkilan apabila Hadi membuat kejutan apabila menyatakan sokongan terhadap Khalid meskipun keputusan untuk bersetuju menggantikan menteri besar itu dicapai dalam Majlis Pimpinan PR.

Peguam celupar itu berkata sejak menubuhkan perikatan PR, PAS memegang prinsip apa saja bidang dan isu dibincangkan mesti berasaskan konsensus. “Tidak ada ahli PR yang dominan, kita sentiasa berlandaskan dasar konsensus,” katanya.

Meskipun tidak menyatakan secara langsung, beliau membayangkan keputusan perbincangan pemimpin PAS tetap sama dengan apa yang dicapai ketika majlis pimpinan PR. Sebab itu apabila Presiden PAS menyokong menteri besar sedia ada, Hanipa tak puas hati dan menyindir Hadi dalam aktiviti formal termasuk forum yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Selangor.

Entah apa agaknya motif sebenar Hanipa menggunakan Dewan Perniagaan Cina itu, tiada siapa tahu, tapi ramai boleh membayangkan peguam itu sangat mesra kepada PKR dan DAP dan dilihat menjunjung piagam PR melebihi parti Islamnya sendiri.

Dalam pada dilarang membuat kenyataan umum, Hanipa dilihat bercakap bagi pihak PR untuk mengajak PAS menentang Khalid habis-habisan. “Memang kita ada dua kali perbincangan (tentang menteri besar Selangor), ia bagi memastikan kita benar-benar mencapai keputusan sepakat. Namun saya percaya apa diputuskan PAS adalah sama dengan pendirian kita,” begitulah katanya dalam forum itu.

Sandiwara Hanipa terserlah apabila beliau berkata, PAS tidak bermaksud mahu melupakan jasa dan pengorbanan Khalid. “Jangan salah sangka kata kita langsung melupakan kebaikan Khalid kepada kita, namun kita tidak mahu perkara yang terjadi di Kedah berulang lagi di Selangor,” katanya.

Paling menyedihkan kenyataan Hanipa pada forum itu, beliau membuat pengakuan dalam soal konsensus beliau tidak keberatan sekiranya calon menteri besar adalah daripada parti DAP. “Saya tidak ada masalah dengan calon menteri besar parti DAP,” katanya.

Pemimpin seperti Hanipa cukup membimbangkan PAS. Diberi pangkat dan kuasa tetapi akhirnya rela menyerahkan kerusi kepimpinan tertinggi negeri Selangor kepada DAP. Malang bagi PAS kerana memiliki peguam dan Ahli Parlimen Sepang yang dilihat lupa daratan.

BACA juga:

Leave a Reply