Krisis MB Selangor: Calon menteri besar PAS, Sijangkang atau Ijok? - pakdin.my

dr-idris-ahmad-ijok
Adun Ijok Dr Idris Ahmad

Ketika Aidilfitri bergema, akar umbi PAS meriah bercerita Ahli Dewan Undangan (Adun) Sijangkang mungkin ditabal sebagai menteri besar Selangor, namun gosip semalam tiba-tiba menuju ke Ijok pula.

Lucunya kali ini gosip politik itu dibawa sebuah akhbar Cina yang mengatakan pucuk pemimpin PAS sudah menamakan Adun Ijok Dr Idris Ahmad sebagai `calon kompromi’ untuk memecah kebuntuan yang ada.

Sin Chew Daily mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman PKR yang mengatakan PAS akan menamakan doktor perubatan itu sebagai calon muktamad bagi mengakhiri krisis yang telah mengakibatkan Pakatan Rakyat (PR) menjadi caca marba.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tidak membantah jika Dr Idris dijadikan menteri besar kerana sebelum ini Abdul Khalid pernah menjadi Adun Ijok, manakala pihak istana Selangor juga selesa dengannya berbanding calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih berdegil mahu Wan Azizah menggantikan Khalid dengan alasan parti itu berhak menguasai kerusi menteri besar seperti dipersetujui dalam Majlis Presiden PR.

Saifuddin tak peduli apa pun keributan yang berlaku mengenai kerusi panas itu asalkan jawatan itu tetap dipegang PKR. Begitulah kedegilan beliau dan semua pemimpin parti serpihan UMNO yang tidak ada  erti kompromi dalam kamus mereka.

PKR tidak peduli samada calon PAS lebih baik daripada Wan Azizah dan dalam laporan Sin Chew, Dr Idris dikatakan mempunyai klinik di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan dilihat sebagai pemimpin tanpa kontroversi, dihormati pemimpin PKR dan menyertai politik semasa gerakan reformasi suatu ketika dahulu.

Pemimpin PAS juga mengharapkan pemilihan Dr Idris yang merupakan anak jati Selangor akan dapat melembutkan hati Abdul Khalid supaya mengosongkan kerusinya demi kebaikkan piagam persekongkolan PR.

Sin Chew juga melaporkan, pemilihan Dr Idris akan melembutkan golongan konservatif PAS yang tidak boleh menerima wanita sebagai pemimpin negeri Selangor.

Persoalannya ialah akhbar itu mendapat maklumat daripada PKR, bukannya PAS. Sudah tentu maklumat itu mempunyai motif spekulasi untuk menaikkan Dr. Idris yang pro kepada perjuangan PKR kerana pernah menyertai reformasi.

Dalam senyap Dr. Idris mungkin sebahagian daripada kumpulan Anwarinas yang boleh menyempurnakan semua kehendak dan nafsu kroni PKR pada masa hadapan, selepas Abdul Khalid menghalang nafsu mereka sejak 2008.

Kini kebimbangan utama PKR hanya tentangan daripada penyokong Mohamed Azmin Ali yang masih mahukan beliau menggantikan Abdul Khalid menerusi undi tidak percaya di DUN Selangor tidak lama lagi.

Bagi mengimbangi kedegilan Azmin dan penyokongnya, PR dikatakan berusaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah untuk jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor.

Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS.

Sumber itu turut memberitahu nama Azmin turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.

“Calon ketiga harus wakil rakyat PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima Abdul Khalid,” kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira.

Krisis menteri besar Selangor meruncing selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.

Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.

Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah suaminya.

Minggu lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta semua parti politik menyatakan pendirian mereka sama ada wanita boleh dilantik sebagai menteri besar sebelum bercakap tentang menggantikan ketua eksekutif Selangor.

Malangnya kenyataan Guan Eng ditempelak kerana ini bukannya masa untuk membuat keputusan soal ‘women liberty’ tetapi soal masa depan rakyat Selangor yang tidak boleh dijadikan `gulai’ untuk PR merasai nikmatnya.

Rakyat Selangor tidak sanggup menjadi bahan eksperimen DAP dan PKR sementara PAS pula terpaksa tutup mulut dan membiarkan diri menjadi kuda tunggangan wal hal kerusinya di Selangor sama banyak dengan DAP.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Calon menteri besar PAS, Sijangkang atau Ijok?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium