Sunday, June 20, 2021

Krisis MB Selangor: Jika Tak Boleh Kerja Bawah Saya, Sila Letak Jawatan – Khalid

Must Read

khalid-sidang-media-suk

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, mana-mana exco negeri itu yang tidak boleh bekerja dibawah pentadbirannya dinasihatkan untuk meletak jawatan.

“Saya akan terus menjalankan tanggungjawab dan jika mereka (exco) tidak setuju dengan saya, mereka yang patut pergi,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK di sini, petang Isnin.

Khalid berkata, beliau masih boleh meneruskan mesyuarat exco negeri selepas mendapat sokongan empat ahli exco dari PAS berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Menurut artikel 53 (2) (B) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar mesti sekurang-kurangnya empat hingga 10 orang ahli.

“Oleh kerana parti PAS telah nyatakan sokongan dan memaklumkan kepada media yang keempat-empat mereka menyokong saya, maka saya boleh teruskan mesyuarat exco kerajaan negeri,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata, beliau akan bertemu dengan semua ahli exco untuk mengetahui pendirian mereka terhadap kepimpinannya.

“Saya akan ambil peluang untuk bertemu wakil exco yang ada untuk bertanyakan kesediaan mereka bersama-sama dengan saya dalam mengendalikan mesyuarat exco dan menjalankan tugas,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan memecat ahli exco yang tidak menerima, Khalid berkata, Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mencadangkan kepada Tuanku supaya membuat perubahan dalam barisan exco sedia ada.

Namun, katanya, buat masa ini, beliau mengambil pendekatan untuk bertemu dan menemu-bual semua exco pada Selasa.

Sementara itu, mengulas mengenai undi tidak percaya, Khalid berkata, tidak perlu sidang khas buat masa ini kerana perkara itu tidak berbangkit semasa perjumpaannya dengan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah, pagi Isnin.

“Sebenarnya yang nak sidang Dewan bukan saya, isu ini tidak dibangkitkan (ketika pertemuan),” katanya.

Terdahulu, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang menegaskan beliau akan kekal sebagai Menteri Besar selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

- Advertisement -spot_img

Leave a Reply

- Advertisement -spot_img
Latest News

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan...
- Advertisement -spot_img

More Articles Like This

- Advertisement -spot_img