Krisis MB Selangor: Khalid patut mohon perkenan Sultan bubar DUN Rabu ini - pakdin.my

khalid-tuanku-sultan-selangor

Serangan PKR terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan melepaskan jawatan menteri besar boleh dianggap sampai ke kemuncaknya dengan cadangan parti itu mendedahkan kepincangan integriti beliau kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, dokumen atau nota kira-kira 50 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid akan diedarkan kepada pemimpin PR, Selasa

“Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Bhd.

“Turut disenaraikan adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah mampu milik,” kata Saifuddin di dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR pada Isnin.

Jelas, nada pemimpin-pemimpin PKR sudah berubah semata-mata bagi memastikan Khalid b berundur dan memberi laluan kepaa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

Sebelum ini, Khalid dikatakan akan dilantik sebagai penasihat dan akan terus memberi idea dan pandangan kepada kerajaan Selangor yang bakal dipimpin Presiden PKR itu.

Khalid dipuji-puji kononnya berjaya meletakkan Selangor sebagai negeri yang pencapaian baik malah mengatasi negeri-negeri ditabbir kerajaan Barisan Nasional.

Malangnya, apa yang mahu dilakukan PKR dengan mendedahkan apa yang dikatakan soal integriti Khalid dilihat seperti Khalid bukan lagi pemimpin parti itu yang tiada skandal dan tidak patut diberikan tempat lagi dalamn parti.

Tentu amat tidak cerdik jika Khalid tidak faham apa terselindung disebalik tindakan yang dilakukan PKR yang amat jelas mahu menjatuhkan imej beliau.

Apatah lagi, khabarnya sudah ada perbincangan yang dikatakan untuk memecat keahliannya jika beliau enggan melepaskan jawatan tersebut.

Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini bahawa tiada perkataan “pecat” disebut dalam minit mesyuarat biro politikn PKR malam semalam.

“Saya setiausaha agung tak ada perkataan sack (pecat) pun semalam,” katanya.

Saifuddin berkata: Kita (PKR) bincang semua senario. Khalid pakai dua jaket, iaitu ahli parti dan menteri besar yang mendapat mandat dari parti.”

Selain Saifuddin, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam majlis makan malam tadi mengulangi mengulangi bahawa Abdul Khalid tidak bekerja dengan baik dengan ahli-ahli parti yang lain.

“Setiap kali apabila beliau (Khalid) mencipta isu, Anwar Ibrahim perlu datang dan berkata sesuatu.

“Berapa lama perkara ini perlu berlaku? Sebab itu PKR meminta beliau digantikan dengan Kak Wan (Dr Wan Azizah),” katanya.

Khalid sepatutnya sudah sedar bahawa ramai pemimpin PKR sudah menghantar mesej yang jelas mahu beliau berundur.

Media pro pembangkang pula membuat pelbagai analisa daripada pelbagai sumber yang fokusnya supaya Khalid berundur.

Justeru itu, tidak guna Khalid tunggu lama-lama lagi. Beliau dilihat sudah tidak berharga kepada PKR.

Sepatutnnya awal pagi Rabu ini, beliau boleh menghadap Sultan Selangor mohon perkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan supaya diadakan pilihan raya negeri bagi selesai kemelut sekarang.

Kebiasaannya selaku Menteri Besar, Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum mesyuarat Exco pada Rabu.

Itulah pilihan terbaik Khalid kerana jika beliau berundur dan memberi laluan kepada Wan Azizah sekali pun, dirinya kelak tidak akan dihormati lagi oleh pemimpin-pemimpin PKR.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Khalid patut mohon perkenan Sultan bubar DUN Rabu ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium