Krisis MB Selangor: Khalid Pecat Exco PKR, DAP

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

khalid-pecat-exco

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan memecat tiga exco DAP dan tiga exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana membuat gagasan mengehadkan kuasa beliau sebagai menteri besar.

Khalid turut menegaskan bahawa pemecatan semua exco terbabit berkuatkuasa serta merta.

“Oleh itu, saya telah minta dan tulis surat kepada Sultan Selangor supaya mereka ini tidak meneruskan kerjaya sebagai exco kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lobi Bangunan SUK di sini, sebentar tadi.

Enam exco itu adalah Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman.

Terdahulu, enam exco DAP dan PKR tersebut mengeluarkan kenyataan bersama bahawa Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tanpa melalui proses undian.

“Sebarang keputusan perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan,” kata mereka.

Malah, mereka hanya mengiktiraf Khalid sebagai menteri besar Selangor dalam peralihan, sehingga Pakatan Rakyat memilih pengganti beliau.

Jelas Khalid lagi, surat pemecatan tersebut sudah diserahkan kepada lima ahli exco kecuali Rodziah yang kini berada di luar negara.

Sementara itu, Khalid turut memaklumkan telah mengadakan perjumpaan dengan exco PAS bagi membincangkan mengenai inti pati mesyuarat exco pada Rabu.

“Kita bincang mengenai perkara penting yang perlu diutamakan agar pentadbiran di negeri ini terus mantap dan program yang dirancang dapat dilaksanakan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai spekulasi beliau telah menghantar borang menyertai PAS pagi tadi, Khalid bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

“Tidak, tak ada,” jawabnya ringkas.

BACA juga:

Leave a Reply