Krisis MB Selangor: Majlis Dewan Diraja Selangor Bermesyuarat Esok Bincang Kedudukan MB (video) - pakdin.my

khalid-tuanku-sultan-selangor

Majlis Dewan Diraja Selangor (sebelum ini disebut Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor kemudian diralatkan dengan satu kenyataan baru :editor)  akan bermesyuarat esok bagi membincangkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Itu kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media tiga perenggan pada pagi Ahad.

Beliau mengulangi sikapnya yang menerima keputusan pemecatannya tersebut walaupun ia salah dan bertentangan dengan undang-undang.

Menurut beliau, mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja itu akan diadakan pada Isnin 11 Ogos jam 11.30 pagi.

Khalid memberitahu bahawa beliau telah dinasihatkan oleh peguamnya tidak membuat sebarang kenyataan agar tidak menggangu proses undang-undang yang mungkin diambil pada masa akan datang.

 

 

BERIKUT KAMI SIARKAN KENYATAAN MEDIA PENUH ABDUL KHALID:

MAJLIS DEWAN DIRAJA SELANGOR BERMESYUARAT ESOK BINCANG KEDUDUKAN MENTERI BESAR

Saya  mengulangi kenyataan akhbar semalam bahawa saya menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti.

Saya juga akan meneruskan tugasan sebagai Menteri Besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang telah ditetapkan pada hari Isnin, 11 Ogos 2014.

Saya juga telah dinasihatkan oleh peguam supaya tidak membuat apa-apa kenyataan agar tidak menganggu proses undang-undang yang mungkin akan diambil pada masa akan datang.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

10 OGOS 2014

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Majlis Dewan Diraja Selangor Bermesyuarat Esok Bincang Kedudukan MB...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium