Krisis MB Selangor: Nasib Ahli Majlis PBT Selangor Ditentukan Hari Ini

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam
Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam

Selepas pemecatan lima ahli exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pada Selasa, nasib Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor akan diketahui hari ini (Khamis).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan sama ada untuk memecat mereka hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada Khamis.

“Status Ahli Majlis PBT hanya akan diketahui esok (Khamis). Kami perlu melihat sama ada pentadbiran dan pembangunan di negeri ini dapat berjalan dengan lancar. Jika tidak ada keperluan berbuat demikian (menggugurkan mereka), kita tidak akan melakukannya.

“Namun kita akan melakukannya jika perlu,” kata Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Khalid berkata lima ahli exco yang dipecat – Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabathirao dari PKR serta Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dari PKR turut dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat MTES pada Khamis.

“Namun bukan sebagai exco. Kami akan mengadakan perbincangan secara terbuka disana,” katanya.

Namun, masih belum diketahui jika lima ahli exco yang dipecat akan menerima jemputan Khalid.

BACA juga:

Leave a Reply