Krisis MB Selangor: Nik Aziz tunggu penjelasan Hadi

wpid-nik-aziz-majlis-syura-kekalkan-khalid.jpg

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan yang dibuat parti itu berhubung krisis politik Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, Presiden Pas itu akan datang ke negeri itu esok dan mengadakan pertemuan dengannya untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

“Dia (Abdul Hadi) akan jumpa (saya) di pejabat, esok saya baru boleh buat kenyataan, saya perlu dengar daripada dia,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya Ahad.

Reaksi Nik Aziz itu nampak macam beliau tak terima 100 peratus pengumuman yang dibuat oleh Mat Sabu di Ibu Pejabat PAS tengahhari Ahad.

Sehingga Nik Aziz selaku pemimpin kerohanian PAS ambil sikap, dapat laporan langsung dari orang nombor satu, Abdul Hadi.

PAS hari ini mengemukakan nama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tindakan tersebut bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz yang memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

kenyataan-media-pas-krisis-mbselangor

Leave a Reply