Krisis MB Selangor: PAS Hadir Mesyuarat Exco, Bukti Tidak Dikawal PR

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

wpid-exco-pas-drhalimah-hadir-mesyuarat-exco.jpg
Dr Halimah tiba di Bangunan SUK untuk menghadiri mesyuarat Exco pada Rabu

PAS membuktikan bahawa parti itu mempunyai prinsip tersendiri dan tidak dikawal oleh sekutu dalam Pakatan Rakyat apabila keempat-empat wakilnya hadir pada Mesyuarat Exco di sini, Rabu, walaupun Setiausaha Agung DAP meminta agar mesyuarat itu diboikot.

Empat Exco PAS itu ialah Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi (gambar bawah) dan Iskandar Abdul Samad.

wpid-exco-pas-salehan-mukhyi.jpg

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Selasa menggesa PAS memboikot mesyuarat Exco yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu.

Dr Halimah yang juga exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, tiba di perkarangan bangunan itu kira-kira pukul 9.40 pagi.

Halimah turut mengesahkan bahawa keempat-empat exco daripada PAS akan menghadiri mesyuarat pada pagi Rabu.

Lima minit kemudian, kelibat Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan dan Pembangunan Desa, Sallehen dan Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ahmad Yunus kelihatan di bangunan tersebut.

Difahamkan, seorang lagi exco PAS iaitu Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) tiba seawal pukul 7 pagi.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dilihat berada di perkarangan tersebut kira-kira pukul 9.25 pagi.

Teng berkata, kehadiran di situ adalah bagi menghadiri beberapa pertemuan bersama pelabur.

Bagaimanapun, beliau dan lima exco yang dipecat daripada DAP dan PKR tidak akan menghadiri mesyuarat exco yang dipengerusikan oleh Khalid.

Seorang exco dari PKR, Elizabeth Wong dilihat tiba di perkarangan bangunan ini pada pukul 10.30 pagi juga untuk menjalankan tugas walaupun pemecatan mereka bukan lagi perkara rahsia.

wpid-exco-pkr-eli-wong.jpg

BACA juga:

Leave a Reply