Sunday, June 20, 2021

Krisis MB Selangor: PAS Perlu Pantas Bertindak Elak Perpecahan PR – Kit Siang

Must Read

Kit-Siang-Tertekan-Digelar-Rasis

Mesyuarat kepimpinan PAS negeri yang ditetapkan pada Ahad perlu mendahului peristiwa dalam tempoh 24 jam akan datang, dengan kemungkinan berlakunya perpecahan dalam Pakatan Rakyat, kata penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Strategis Umno/Barisan Nasional bekerja lebih masa untuk mengeksploitasi krisis menteri besar Selangor, melihat kepada senario 12 Umno + 15 PAS + Khalid dan kempen besar-besaran untuk melemahkan kesetiaan wakil rakyat DAP dan PKR untuk mengkhianati pengundi-pengundi di Selangor dan parti masing-masing,” kata Kit Siang dalam ‘posting’ blognya, Selasa.

Beliau menambah kemungkinan berlakunya pembubaran Pakatan adalah disebabkan oleh kenyataan tertentu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin mengumumkan pada Isnin bahawa wakil rakyat Barisan Nasional Selangor akan menyokong Khalid sekiranya usul tidak percaya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Kit Siang berkata, kempen itu akan mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka sesetengah pihak untuk mewujudkan “kerajaan perpaduan” Umno-PAS.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menggesa para pemimpin Pakatan untuk bertindak dengan segera dengan mengambil kira krisis semasa menteri besar.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mesti bertindak dengan segera dan tegas dan tidak menutup sebelah mata dalam perkembangan krisis menteri besar Selangor ketika masa adalah amat penting, membolehkan apa yang mungkin berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang mendahului bukan sahaja mesyuarat kepimpinan PAS pada 17 Ogos tetapi menentukan survival Pakatan Rakyat,”katanya.

- Advertisement -spot_img

Leave a Reply

- Advertisement -spot_img
Latest News

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan...
- Advertisement -spot_img

More Articles Like This

- Advertisement -spot_img