Krisis MB Selangor: PAS Sedia Kembali Bergerak Bersendirian – Dewan Ulama - pakdin.my

nikaziz-khalidibrahim

PAS bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kembali bergerak secara bersendirian jika perlu, lapor Astro Awani.

Mursyidul amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti berkenaan sudah menghadapi beberapa siri perpecahan sepanjang menjalinkan kerjasama politik sejak penubuhannya dan ia menjadikannya lebih matang.

Nik Aziz turut dilaporakn Utusan Malaysia berkata PKR bebas membuat apa sahaja keputusan berhubung masa depan Abdul Khalid, namun pendirian Majlis Syura Ulama Pas tidak akan sekali-sekali berganjak.

“Tidak terima (keputusan Majlis Syura) itu dia punya pasal. Begini saya nak sebut, PAS telah mengalami macam-macam masalah dengan parti lain, mula-mula dengan Barisan Nasional (BN), kita masuk tetapi entah macam mana dia tendang kita keluar, namun kita tetap tegak duduk.

“Kemudian kita bersama Semangat 46 (S46) namun musnah akhirnya. Bahkan Datuk Asri (Muda) dulu pernah buat parti lain iaitu Hamim (Hizbul Muslimin Malaysia). Walau apa pun berlaku, PAS tetap utuh sampai hari ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka.

Dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr. Haron Din kelmarin, Majlis Syura Ulama PAS menegaskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.

Sementara itu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya semalam menegaskan, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak akan mempengaruhi pendirian parti itu untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan menasihatkan semua ahli PAS supaya akur dengan pendirian tegas Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi berhubung kemelut politik di Selangor di samping menjaga ‘lidah’ masing-masing.

Kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz itu sekaligus menepis laporan portal berita propembangkang kononnya beliau tidak terlibat dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu.

Senada dengan Nik Aziz, Dewan Ulama PAS Pusat dilaporkan Astro Awani berkata partinya bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor.

Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.

“Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.

“Keputusan Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: PAS Sedia Kembali Bergerak Bersendirian - Dewan Ulama

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium