Krisis MB Selangor: Rodziah Ismail (PKR) Masih Kekal Exco

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam
Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail yang merupakan wakil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih kekal sebagai Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, demikian kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara itu dijelaskan oleh menteri besar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bersama empat Exco PAS, pagi Rabu.

Menurut Khalid, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Rodziah berhubung pendirian terhadap menteri besar sebaik sahaja beliau kembali dari luar negara.

“Berkenaan Rodziah saya tunggu dia kembali dan kemudian akan buat keputusan. Jika beliau setuju bekerjasama dengan Exco yang ada, maka khidmatnya akan diteruskan,” katanya.

Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang mengesahkan Rodziah telah menemuinya sebelum berlepas ke luar negara dan menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan beliau.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan secara terperinci perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu.

Terdahulu, Khalid memecat kelima-lima Exco dari PKR dan DAP iaitu :

  • Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan);
  • Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram);
  • Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar);
  • Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan
  • Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).

Keputusan tersebut dibuat selepas kelima-lima exco itu mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak menyokong menteri besar dan hanya menurut kehendak parti masing-masing.

Empat Exco daripada PAS yang kekal adalah Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Iskandar Abdul Samad.

Mereka menghadiri mesyuarat exco yang dipengerusikan Khalid pagi Rabu.

BACA juga:

Leave a Reply