Krisis MB Selangor: Sultan Perkenan Pemecatan Exco Dari DAP dan PKR

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

wpid-exco-selangor-dap-pkr-dipecat.jpg

Lima Exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipecat diarah mengosongkan pejabat selepas mesyuarat Exco mengesahkan pemecatan mereka yang mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Arahan dan pengesahan itu diumumkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pada tengah hari Rabu.

“Pembatalan pelantikan exco (DAP dan PKR) adalah sah dan diperkenan Sultan Selangor,” jelasnya.

Tegas Khalid, pemecatan tersebut dilakukan selepas kelima-lima exco tersebut didapati melanggar 10 aku janji ketika lafaz sumpah di hadapan Sultan, tahun lalu.

“Mereka (lima exco) mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi memantau perjalanan kerajaan negeri serta hanya akan menurut kehendak parti yang mereka dokongi,” katanya.

Ketika ditanya tuduhan Exco DAP, Datuk Teng Chang Khim yang tidak mengiktiraf pemecatan tersebut, Khalid menegaskan, beliau mendapat perkenan Sultan secara bertulis yang diterima dua jam selepas menghantar surat memohon perkenan pemecatan tersebut.

“Saya tulis surat kepada Tuanku Sultan pada pukul 2 petang semalam (Selasa) selepas terima berita kumpulan exco terbabit tidak menyokong menteri besar dan mengeluarkan beberapa kenyataan.

“Tuanku Sultan membalas secara bertulis (selepas dua jam) untuk benarkan menteri besar memaklumkan kepada exco berkenaan penamatan khidmat mereka,” katanya.

Dalam surat yang dibacakan Khalid, Sultan Sharafuddin bertitah tidak menghalang beliau menamatkan perkhidmatan exco-exco terbabit.

Malah, Khalid berkata mesyuarat exco pada Rabu berjalan seperti biasa dengan korum mencukupi bersama empat ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (MMKN) dan tiga pegawai Ex-Officio.

Tegasnya, jumlah tersebut memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) B Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai portfolio yang dikosongkan keenam-enam exco tersebut, Khalid berkata, perkara itu belum diputuskan dan perlu mendapat perkenan Sultan Sharafuddin terlebih dahulu.

“Buat masa ini belum buat sebarang keputusan untuk tambah penyertaan ahli exco. Malah ia perlu mendapat perkenan Sultan,” katanya.


BACA juga:

Leave a Reply