Krisis MB Selangor: Sultan Selangor Enggan Terima Menghadap Wan Azizah

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

wan-azizah-sidang-dun

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadap baginda bagi menjelaskan mengenai situasi terkini politik di negeri itu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa baginda tidak berkenan untuk menerima menghadap untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Khalid sebagai ahli PKR merupakan isu dalam parti itu dan tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR,” katanya.

Selain itu, Mohamad Munir mengesahkan bahawa pihak istana Selangor menerima surat yang ditandatangani Anwar pada Ahad lalu bertujuan memohon bagi pihak Dr Wan Azizah untuk memberi penerangan dan penjelasan berhubung keputusan PKR memecat Abdul Khalid.

Jelasnya lagi, surat berkenaan dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin pada Isnin.

BACA juga:

Leave a Reply