Kemelut Pakatan Pembangkang: Azmin akan menghadap Sultan Selangor beri penjelasan

sultan-selangor-istiadat-pembukaan-persidangan-dun

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR itu susulan krisis dalam pakatan pembangkang.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang berkata, ia bagi membolehkan penjelasan sebenar situasi politik diberi dengan teliti kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah selain untuk pengetahuan rakyat negeri itu.

“Azmin (yang merupakan Timbalan Presiden PKR) akan memberi penjelasan kepada Sultan dalam masa terdekat … (mungkin) rakyat juga agak keliru dengan (keadaan pakatan pembangkang Selangor), bukan mudah (untuk) rakyat membuat keputusan untuk memilih (parti) mana (untuk disokong) kerana kami (pakatan pembangkang) mendapat mandat pada pilihan raya umum lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada pakatan pembangkang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP yang telah diisytihar ‘berakhir’ di peringkat pusat oleh DAP pada Selasa lepas akan menjejaskan kestabilan di Selangor.

Rafizi berkata, kerjasama politik antara ketiga-tiga parti dalam Selangor dapat dikekalkan dengan membentuk kerajaan negeri berkonsepkan ‘loose coalition’ (pakatan rapuh).

“Kami boleh terus bekerjasama, sekiranya ketiga-tiga pihak duduk bersama dan berbincang sebelum mengambil tindakan, tetapi nampaknya kedua-dua parti itu (DAP dan Pas) telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada pakatan.

“Jadi, kami akur bahawa pakatan rakyat pada masa sekarang sudah tidak wujud lagi,” kata Rafizi.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, gabungan parti baharu diperlukan pada ketika ini untuk menyelesaikan kemelut itu demi kepentingan rakyat.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here