Krisis Politik Selangor: Rakyat Harus Nilai Secara Rasional – @NajibRazak

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

Najib Tun Razak beramah mesra bersama bakal jemaah haji dari Parlimen Selangor pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Negeri Selangor di Dengkil
Najib Tun Razak beramah mesra bersama bakal jemaah haji dari Parlimen Selangor pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Negeri Selangor di Dengkil

DENGKIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Selangor menilai secara rasional perkembangan politik di Selangor.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, ‘nepotisme terbuka’ sedang berlaku di negeri Selangor di mana wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar.

“Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi Menteri Besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor.

“Ini terserah kepada rakyat Selangor cuba fikirkan apa yang baik dan patut lakukan berasaskan pertimbangan masuk akal dan rasional dan pertimbangan ini menyelamatkan negeri dan negara kita secara keseluruhan.

“Pertimbangan bermotif sesuatu seperti ada udang ‘galah’ di sebalik batu akan merugikan rakyat,” katanya pada Majlis Mesra Aidilfitri Umno Peringkat Selangor yang dihadiri lebih 10,000 orang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di sini malam Selasa.

Turut hadir Pengerusi Badan Penghubungan Umno Selangor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Najib berkata, kerajaan pusat melahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju menandatangani perjanjian mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 untuk dilaksanakan bagi menjamin bekalan air berterusan kepada rakyat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata, walaupun perjanjian itu sepatutnya ditandatangani tiga tahun dulu tetapi politik telah mengatasi pertimbangan rasional Abdul Khalid.

“Menteri Besar Selangor sudah sedar bahawa keputusan kerajaan pusat sebelum ini adalah benar dan tepat, tanpa Langat 2 tiada jaminan bekalan air,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata tragedi MH17 ada hikmahnya apabila rakyat Malaysia di seluruh negara yang dilanda perasaan sedih dan pilu, disatukan, dengan bertafakur selama seminit, sebagai tanda penghormatan.

“Kita bersatu dalam kesedihan. Inilah keadaan yang amat unik dan teristimewa apabila kita dapat lupakan persengketaan, perbezaan ideologi politik, tidak kira bangsa dan agama tetapi atas dasar kita rakyat Malaysia, kita kongsi kesedihan dan simpati.

“Ini menunjukkan dalam ujian tersebut, rakyat Malaysia boleh bersatu dan tiada rintangan yang tidak boleh ditempuhi,” kata Najib.

BACA juga:

Leave a Reply