Sunday, June 20, 2021

Krisis Politik Selangor: Sultan Mungkin Tidak Memihak Wan Azizah – PAS

Must Read

wan-azizah-sidang-dun

Kepimpinan PAS menolak cadangan melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar kerana merasakan Sultan Selangor tidak memihak kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Seorang pemimpin PAS berkata, isu berkenaan merupakan masalah pokok kepada kemelut di Selangor dan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada Ahad bertujuan mencari jalan penyelesaian.

“Faktor yang paling penting untuk sesiapa sahaja yang mahu menjadi Menteri Besar ialah beliau mesti mendapatkan perkenan Tuanku.

“Jika orang yang dicadangkan itu, kami percaya tidak diterima Tuanku…mengapa masih berkeras? Kami sudah maklumkan kepada mereka (PKR) tentang isu ini, tapi tetap berkeras, jadi bagaimana?” soal pemimpin berkenaan yang enggan dinamakan.

Selain itu beliau bagaimanapun menegaskan bahawa tidak ada isu untuk PAS menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Kami akan tetap bersama. Ini bukanlah satu perkara yang sukar untuk diselesaikan,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Leave a Reply

- Advertisement -spot_img
Latest News

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan...
- Advertisement -spot_img

More Articles Like This

- Advertisement -spot_img