Krisis Politik Terengganu: ADUN Jumpa PM Malam Ini, PAS Desak Bubar DUN - pakdin.my

DUN-Terengganu

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada malam Selasa.

Sumber memberitahu semua wakil rakyat BN negeri kini dalam perjalanan ke pusat pentadbiran negara untuk menghadiri pertemuan itu.

“Semua wakil rakyat diarahkan hadir pada mesyuarat malam ini (Selasa).

“Mesyuarat itu khusus untuk membincangkan krisis politik yang melanda Terengganu ketika ini,” katanya.

Sumber itu berkata, perbincangan itu akan meneliti pelbagai cadangan termasuk kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menangani masalah dalam negeri itu.

Dalam perkembangan sama, mesyuarat khas PAS Terengganu memutuskan untuk mendesak supaya DUN Terengganu dibubarkan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat berkata langkah itu bagi membolehkan proses pemilihan barisan kepimpinan negeri dikembalikan kepada rakyat.

Terengganu menjadi tumpuan susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar pada Isnin, selain turut mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas bagi kerusi Kijal.

Turut mengikut jejak Ahmad ialah Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Berikutan perkembangan terbaharu itu, BN kini mempunyai 14 daripada 32 kerusi DUN Terengganu, PAS (14), PKR (1) dan Bebas (3).

UTAMAPOLITIKKrisis Politik Terengganu: ADUN Jumpa PM Malam Ini, PAS Desak Bubar DUN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium