26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 6, 2020

Krisis Politik Terengganu: Ghazali Dijangka Kembali Bersama Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib kini makin hampir untuk melakukan pusingan ‘U’ dengan menarik balik keputusan keluar Umno.

Ketika ini, perbincangan masih lagi berlangsung antara kepemimpinan parti dengan Ghazali yang mengisytiharkan beliau sebagai wakil rakyat Bebas di Terengganu.

Ghazali mengemukakan surat keluar Umno pada hari sama bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berbuat demikian, iaitu malam Isnin.

Sebelum ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik keputusannya untuk keluar Umno beberapa jam selepas berbuat demikian pada pagi Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengesahkan keputusan Roslee turut memaklumkan mengenai kemungkinan Ghazali mengikut jejak rakannya itu.

Jika Ghazali membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, bermakna kedudukan Barisan Nasional (BN) lebih selesa dengan 17 kerusi, termasuk Speaker berbanding Pakatan Rakyat 15, termasuk 14 kerusi PAS.

Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ditanya pada pagi Rabu, sama ada Ghazali sudah membuat keputusan untuk kembali bersama Umno bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Difahamkan, perkara itu antara yang akan dibincangkan dalam pertemuan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri berkenaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, tengah hari ini.

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...