Krisis Politik Terengganu: Media Berkumpul Di Dua Lokasi Putrajaya - pakdin.my

pejabat-perdana-menteri

PUTRAJAYA  — Petugas media berkumpul di perkarangan Perdana Putra dan Seri Perdana di sini hari ini, menanti pertemuan Menteri Besar Terengganu yang baharu dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilapor berlangsung di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Wakil media dilapor mula berkumpul sejak 8 pagi di kedua-dua lokasi, yang berkemungkinan menjadi lokasi pertemuan berkenaan.

Urusan di kawasan Perdana Putra iaitu Kompleks Jabatan Perdana Menteri dan Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia berjalan seperti biasa.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan kompleks Perdana Putra kira-kira 9 pagi.

Kenderaan rasmi yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet mula memasuki kawasan perkarangan beberapa minit kemudian.

Kebiasaannya hari Rabu berlangsungnya mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor berkata di Kuala Terengganu hari ini bahawa beliau dan Adun Terengganu akan mengadakan perjumpaan bersama Najib di Putrajaya hari ini.

UTAMAPOLITIKKrisis Politik Terengganu: Media Berkumpul Di Dua Lokasi Putrajaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium