Krisis MB Selangor: Ahli Bocor Rahsia, PAS Tak Mahu Bertanggungjawab – Dzulkefly

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

dr-dzulkefly-ahmad

PAS enggan bertanggungjawab terhadap kenyataan kontroversi ahlinya yang dibocorkan menerusi media sosial berhubung cadangan supaya parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu tidak seharusnya dipersalahkan terhadap mana-mana pandangan peribadi ahlinya kerana ia tidak mencerminkan pendirian sebenar mereka.

“PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan…tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum,” katanya pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai kekecohan yang berlaku berhubung pendapat Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar PR.

Isu berkenaan timbul selepas satu paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat dibocorkan dan menjadi viral di laman sosial.

wpid-whatsapp-pas-pusat.jpg

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga merupakan Pengarah Eksekutif PPP berkata, pendapat yang dikemukakan Mohd Zuhdi merupakan pandangan peribadi yang bersifat tidak formal.

“Secara tegasnya, olahan perancangan senario Dr Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan PPP,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Dzulkefly, perbincangan secara tidak formal mengenai isu kontroversi seperti ini oleh AJK PAS Pusat menerusi WhatsApp bukanlah sesuatu yang baharu.

“Dalam konteks kontroversi perbincangan dalam kumpulan WhatsApp AJK PAS Pusat berhubung kajian ini, saya ingin jelaskan bahawa senario yang tersebar luas melalui paparan skrin tersebut bukanlah satu-satunya senario yang dibincangkan dengan kaedah perancangan senario beliau (Mohd Zuhdi).

“Pelbagai senario lain yang merangkumi kemungkinan, termasuk situasi paling buruk juga dibincangkan secara sumbang saran,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply