32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Kristian Malaysia Gembira PAS Sokong Kalimah Allah

Bishop Lega PAS Sokong Kristian Guna Kalimah AllahBishop Katholik, Dr Paul Tan Chee dan ramai penganut Kristian yang lain mempunyai asas kukuh untuk bergembira dan berasa lega bila mana Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memberi jaminan bahawa parti itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah suci Allah s.w.t oleh orang bukan Islam.

Lebih-lebih lagi jaminan oleh Mat Sabu itu timbul tepat pada masanya selepas beberapa pemimpin PAS yang lain cuba bersandiwara dengan mempertikaikan pengunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Kristian khususnya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

“Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar,” demikian kata Bishop Kristian itu, merujuk pada keputusan muktamad PAS pada 2010 yang bersetuju penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.a.t bagi merujuk pada Tuhan Jesus.

Pada 15 Mei 2010, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah bersetuju yang DAP boleh mengguna pakai kalimah Allah s.w.t demi mencapai kepentingan politik mereka termasuklah memasukkan kalimah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun bercanggah dengan pandangan Timbalan Mursyidul PAS, Dr Haron Din yang membantah sebarang usaha oleh DAP ataupun pihak gereja Kristian daripada memanipulasi kalimah suci tersebut.

Pun begitu, pendapat Nik Aziz itu disokong kuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang berpendapat penganut Kristian atau agama lain tidak wajar disekat daripada menggunakan kalimah Allah s.w.t untuk apa tujuan sekalipun.

Kira-kira seminggu lepas, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Setiausa Agung PAS, Mustafa Ali dan Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman telah tampil menegaskan kalimah Allah hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

Ketiga-ketiga mereka sepakat perkataan GOD di dalam kitab Bible Inggeris hanya sesuai diterjemahkan kepada kata ganti nama TUHAN untuk kitab Bible versi Bahasa Melayu dan bukannya kalimah Allah sebagaimana dituntut oleh paderi dan gereja Kristian.

Namun dengan penegasan terbaru oleh Mat Sabu bermakna sia-sialah usaha segelintir pimpinan PAS ini dalam cubaan mereka untuk menonjolkan kejaguhan demi mempertahankan kalimah suci Allah s.w.t daripada agama lain.

Dengan percanggahan terbuka yang sedang membelenggu PAS tika ini, ramai pemimpin PAS yang lain terpinga-pinga bengong sendirian manakala penyokong PAS diperingkat akar umbi pula sekejap angguk sekejap geleng tanpa mengetahui ke mana hala sebenar yang nak dituju.

Yang pastinya dengan kecelaruan yang timbul ini, para penganut Kristian dan DAP sendiri sudah boleh mendabik dada dan berbangga kerana hasil keampuhan kerjasama mereka, sekali lagi PAS berjaya ditundukkan.

Menteri Besar Kedah dan Kelantan diminta menegaskan pendirian mereka berhubung dakwaan percetakan bible versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberikan secara percuma khususnya di dua negeri berkenaan.

Apatah lagi tindakan DAP menuntut penggunaan kalimah Allah itu dilihat seolah-olah mengikut jejak pakatannya, PAS yang sanggup mempolitikkan agama demi meraih sokongan rakyat untuk pilihan raya umum akan datang.

Penjelasan itu dibangkitkan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkarshi yang menzahirkan kebimbangan beliau sekiranya bible versi bahasa Melayu diterbitkan dan diedarkan di negara ini.

DR. MOHD PUAD ZARKASHI/ TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
“Saya cukup yakin bahawa PAS tidak akan menghalang ataupun membantah tindakan DAP ini kerana PAS sendiri parti politik yang memperalatkan agama jadi ini bermakna PAS dan DAP adalah dua parti yang saya lihat desperate guna isu agama yang dipolitikkan untuk meraih sokongan”.

Tambahnya lebih membimbangkan apabila ada di kalangan pimpinan PAS mempertahankan keputusan tidak menghalang penggunaan kalimah Allah di dalam bible.

Tindakan itu sekaligus bertentangan dengan fatwa kebangsaan yang membenarkan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

DR. MOHD PUAD ZARKASHI/ TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
“Saya yakin bahawa perbezaan ini akan menjadi satu gelombang kebangkitan konflik dua aliran pemikiran dalam PAS dan kita nampak sebenarnya dalam Muktamar PAS seolah mereka berbeza dari segi ini”.






Berita Berkaitan

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan