32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Kristian Tuntut Ruang Berdakwah Terhadap Umat Islam

herman-IRF

Sungguhpun penduduk beragama Kristian merupakan 9.1 peratus berbanding dengan penduduk Islam, 60.4 peratus yang menjadi warganegara Malaysia, namun komuniti Kristian menuntut ruang yang sama rata untuk berdakwah di negara ini.

Paderi Dr Hermen Shastri, setiausaha agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia ( CCM ) yang merupakan badan induk Prostestan Malaysia dilaporkan themalaymailonline.com mendakwa adalah tidak adil jika bukan Islam dilarang untuk menyampaikan dakwah mereka kepada masyarakat Islam, sedangkan dalam masa sama perkara sebaliknya berlaku.

Menurutnya kedua-dua pihak, Islam dan Kristian perlu berhenti menyebarkan kepercayaan mereka kepada pihak lain untuk mengelakkan ketegangan perebutan kalimah “Allah.”

“Jadi adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’, dan kita akan hidup dengan aman ,”katanya dalam forum Kebebasan Beragama di Petaling Jaya, 13 Januari.

Artikel 11 (4 ) Perlembagaan Persekutuan melarang masyarakat bukan Islam daripada menyebarkan agama mereka kepada umat Islam telah digunakan sebagai asas untuk pelbagai undang-undang negeri di seluruh Malaysia – kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan – untuk mengharamkan bukan Muslim menggunakan perkataan dan frasa Bahasa Arab tertentu, termasuk perkataan “Allah” .

Pada forum yang sama, Dr Ahmad Farouk Musa , Pengerusi Islam Renaissance Front (IRF) bersetuju dengan pendapat Paderi Dr Hermen dengan mendakwa halangan itu merupakan satu bentuk penindasan.

“Jika saya tinggal di Australia, dan (kerajaan) Australia mengatakan bahawa saya tidak boleh berkongsi kepercayaan saya dengan rakan-rakan saya, saya akan berasa seperti ditindas.


“Mengapa (masyarakat Islam Malaysia) tidak boleh merasakan perkara yang sama. Rasa apa yang saudara Kristian kita rasa apabila mereka dihalang daripada berkongsi apa yang mereka percaya. Hanya kerana kita majoriti di negara ini, kita boleh lakukan apa yang kita suka ? Itu salah, ” katanya.

Ahmad Farouk memberitahu kepada The Malay Mail Online selepas forum itu, demi timbal balik, orang bukan Islam harus dibenarkan untuk berkongsi kepercayaan agama mereka terhadap masyarakat Islam.

“Sepertimana umat Islam boleh mengambil mualaf baru daripada pihak lain , maka orang lain juga boleh berkongsi iman mereka dengan umat Islam,.

“Kita perlu menyemak semula undang-undang. Ia berdasarkan Fasal 4 daripada Perkara 11. Oleh itu, kita perlu menyemak semula Fasal 4 … pada abad ke-21 , pihak lain juga harus mempunyai hak yang sama , “katanya. dengan merujuk kepada

Ahmad Farouk turut berkata bahawa Perkara 11 (4 ) yang termaktub dalamPerlembagaan Persekutuan kini sudah “tidak begitu relevan lagi” pada zaman sekarang dan perlu diadakan satu perbincangan untuk menilai pemansuhan perkara tersebut.

 

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...