KRONI HANYA TURUN BERSIH 5 KERANA MAHATHIR, BUKAN KERANA TUNTUTAN BERSIH - pakdin.my

Apabila Tun Mahathir di beri maklumat semuanya “OK” di himpunan Bersih 5 , barulah Tun Mahathir membuat keputusan untuk menyertai himpunan Bersih 5.

Dengan menggunakan jet laju Tun Mahathir pun datang  dengan segera. Terbang balik 8 jam dari Sudan.

Walaupun sebelumnya Tun M berdolak dalik sebagai “cover line” kata tidak dapat hadir , selepas membuat video akan hadir

Kehadiran Tun M tidak sama hasratnya dengan pemimpin Bersih 5 yang lain.

Mahathir punyai plot tersendiri walaupun berkongsi pentas.

Selain itu Mahathir amat bijak ambil kesempatan untuk ‘hijack” acara milik orang lain.

Apabila keadaan dikhabarkan reda dan tenang maka barulah konco Tun M dengan terhegeh hegeh turun bersamanya menunjukkan muka berkulit tebal tanpa sedikit pun rasa malu.

Mereka mengiringi Tun Mahathir menuju ke bangunan KLCC untuk membuat “appearance”.

Tanyalah mereka jika Tun M tidak datang , mahukah mereka datang?

Tanpa kewibawaan sendiri dan aura sendiri tentu sekali mereka tidak berani.

Apabila Tun M munculkan diri barulah nampak muka penerima habuan dan kekayaan di zaman Tun dan juga mereka yang masih mengharap dedak tambahan dari Tun Mahathir.

Bagai dikata dari awal, Tun Mahathir amat bijak bermain persepsi dan peluang mengambil alih telah diguna kan semaksimanya.

Apa yang dapat dilihat adalah peserta Bersih 5 semakin berkurangan.

Boleh dikatakan kebencian makin bertambah, tetapi pembenci makin berkurangan.

Elemen awal yang ada pada Bersih 1 hingga 4, sudah tidak ada pada Bersih 5.

BERSIH5 jelas tiada kesan dan bisanya, “total failure”.

Faktor orang Cina DAP masih tidak mahu menerima Tun M masih kuat lagi.
Mereka yang rajin menganalisa gambar kehadiran Tun M dan kuncunya pasti akan membuat kesimpulan bahawa Mahathir turun hanya atas sebab agenda sendiri tetapi menggunakan kesempatan “crowd” yang dijana oleh penganjur Bersih 5.

Jika dilihat lebih mendalam, terlalu jelas para kroni Tun Mahathir seperti Muhyiddin Yassin, Mukhriz , penulis blog, wartawan veteren dan yang lain lain yang mengekori Tun Mahathir hanya berada di situ kerana Tun Mahathir dan bukan kerana acara Bersih 5 itu sendiri.

Bolehlah dianggap mereka sebagai “opportunis” dan sekaligus hipokrit.

Maka oleh sebab para kroni hanya berperanan sebagai  pengambil kesempatan dan hanya mendewakan Mahathir dan bukannya tuntutan Bersih 5.

Maka apa yang sesuai untuk dirungkai adalah Bersih 5 hanya menjadi platform untuk Mahathir dan kroninya mengiklankan parti PPBM yang tidak laku dan ditolak oleh rakyat atas sebab memenuhi agenda peribadi Tun M sahaja.

Hanya 15,000 orang sahaja mendaftar parti bunga.

Bagi penganjur Bersih 5 pula, ia menjadi testimoni bahawa mereka sudah menjalankan kerja sebagai yang diarah oleh “boss” besar mereka dan ini membolehkan mereka menuntut dana lebih besar dari Boss untuk kempen PRU14.

20161121-mahathir-memperkuda-bersih

UTAMAPOLITIKKRONI HANYA TURUN BERSIH 5 KERANA MAHATHIR, BUKAN KERANA TUNTUTAN BERSIH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium