32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Kronologi Penuh Krisis Air Selangor: Siapa Dan Apa Puncanya? @Khalid_Ibrahim

krisis air selangor

krisis air selangormynewshub – Sebagaimana maklum, kecoh di sekitar bandar-bandar besar di Selangor dan Kuala Lumpur apabila para penduduk di kawasan segi tiga emas itu sedang mengalami gangguan bekalan air tidak berkala sehingga menyebabkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau diaktifkan.

Sehingga kini, rakyat melihat puluhan buah lori tangki air SYABAS berpusu-pusu di seluruh kawasan di Lembah Klang bagi menghantar bekalan air di kawasan terjejas sambil dibantu oleh tujuh buah lori tangki air Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri Selangor.

Ada yang merungut menyalahkan SYABAS dan ada pula yang menyumpah-nyumpah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Merujuk kepada kronologi yang diberikan di atas, ia menunjukkan secara jelas tentang punca sebenar masalah gangguan bekalan air yang dipercayai sebagai bibit-bibit Krisis Air Selangor yang pernah dikaji oleh pakar-pakar industri air negara sebelum ini.

Sebetulnya, pakar-pakar industri air negara menjangka bahawa Selangor akan mengalami krisi air pada tahun 2014 di dalam satu kajian sejurus selepas negeri itu mengalami Krisis Air 1998 di mana negeri yang pesat membangun itu hampir lumpuh dan rugi besar akibat malapetaka tersebut.

Justeru itu, sebuah kajian telah dilakukan dan ekoran jangkaan permintaan yang semakin tinggi setiap tahun serta sumber yang agak terhad, hasil kajian tersebut menegaskan bahawa Selangor memerlukan sumber air mentah baru.

Lantas dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan kerajaan BN Selangor sebelum ini, kajian yang bersifat menyeluruh dan holistik itu memutuskan untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat bekalan air mentah dari Pahang sebagai jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi Krisis Air 2014.

Malangnya, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran negeri Selangor pada Mac 2008, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak “penyelesaian terbaik” itu dan melarang pembinaan loji Langat 2.

Kononnya, projek berkenaan diberikan tanpa tender kepada kroni BN!


Seterusnya, fakta dari laporan tahunan Puncak Niagapada akhir tahun 2008 memberitahu bahawa SYABAS telah memohon kelulusan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat pinjaman bank bagi menyuntik dana membeli alat ganti penyelanggaraan paip-paip air dan fasiliti air yang sedia ada.

Malangnya ketika itu, Khalid telah menolak permohonan tersebut dan memberi alasan mahu melaksanakan penstrukturan semula industri air di negeri termaju itu.

Pada tahun 2009, rakyat Selangor sudah mula menghadapi masalah gangguan bekalan air dan tekanan rendah memandangkan permintaan yang tinggi di beberapa kawasan yang baru dibangunkan di sekitar pinggir Lembah Klang.

 Maka pada Julai 2010, Khalid yang seolah-olah seorang “jurutera pakar industri air” menolak kajian pakar-pakar air negara dan menyebarkan propaganda bahawa bekalan air adalah mencukupi untuk pengguna di Selangor sehingga tahun 2019.

Khalid mendakwa kononnya ada pihak yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan Krisis Air 2014 bakal terjadi sekiranya loji Langat 2 tidak dibina. Padahal, rakyat di sekitar Selangor dan Lembah Klang sudah mula terasa “bahang” krisis tersebut dan mengadu pada media setelah aduan mereka tidak dipedulikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!

Memandangkan Langat 2 tidak dapat disiapkan mengikut perancangan, Kerajaan Pusat terpaksa membelanjakan RM606 juta untuk lapan projek mitigasi yang hanya boleh menampung keperluan bekalan air sehingga 2016. Masalah air di Selangor dapat diatasi secara berperingkat namun tidak menyeluruh. Ia berlarutan sehingga awal tahun 2012.

Pada Februari 2012, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar pula mengambil giliran memberitahu rakyat bahawa sumber bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga tahun 2020. Peliknya, makin ramai rakyat dan kawasan industri yang merungut kurang dapat air!

Sejak awal tahun 2012 hinggalah kini di awal tahun 2013, rakyat Selangor semakin hebat dihimpit masalah kekurangan bekalan air di kawasan kediaman dan banyak kawasan industri yang terjejas serta perlu memproses air sendiri untuk kegunaan mereka.

Berdasarkan fakta pada Mac 2012, Khalid mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor merawat air lombong, air hujan dan air bawah tanah sebagai sumber air mentah baru bagi kegunaan rakyat Selangor.

Mungkin bagi beliau, rakyat Selangor hanya layak untuk minum air dari sumber lombong, hujan dan telaga serta menggunakannya bagi memenuhi keperluan harian mereka.

Kemudian pada Mei 2012, Menteri Besar itu bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah pula dari Tasik Kenyir di Terengganu dan pada Jun pada tahun yang sama dia mengulangi bahawa sumber air bawah tanah mampu mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Selangor.

Dua Exco Kerajaan pimpinan Khalid pula iaitu Dr. Xavier dan Ronnie Liu pula heboh mengambil gambar di tujuh empangan di Selangor yang menunjukkan paras air yang banyak dan hampir melimpah ke tebing. Kononnya negeri itu masih banyak air.


Menghairankan, rakyat Selangor tetap mengalami masalah air! Ini ditambah perit lagi dengan Kerajaan Selangor membekukan perbelanjaan modal atau CAPEX SYABAS untuk membaik pulih fasiliti air termasuk paip-paip usang yang bocor.

Pada Oktober tahun lalu juga, Khalid “tertipu” kepada beberapa orang ahli perniagaan dari Kanada yang datang menjual kaedah teknologi membran dan beliau dengan yakin memberitahu rakyat bahawa kaedah tersebut sangat murah serta mampu menyelesaikan masalah air di negeri itu.

Mungkin Menteri Besar itu tidak tahu bahawa Malaysia sudah berbelas tahun memiliki teknologi air itu dan kajian pakar membuktikan bahawa teknologi membran memerlukan kos yang sangat tinggi dan tidak praktikal untuk digunakan bagi jangkamasa panjang.

Pada November pula, Khalid menyatakan bahawa kajian akan dijalankan terhadap beberapa loji lama yang telah ditutup untuk dibuka semula dan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi mengkaji kaedah “storm water” bagi menjadi sumber baru bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat.

Sekiranya diteliti tindakan yang diambil oleh Khalid sejak Mac 2012 hingga November 2012, boleh dikatakan semua tindakannya itu berbentuk “cadangan” dan “kajian” dari mulutnya.

Malah paling menarik, semua cadangan dan kajian tersebut menyaksikan bahawa Khalid begitu bersungguh-sungguh mencari “sumber bekalan air mentah baru” bagi menampung permintaan yang meningkat di Selangor serta sekitar Lembah Klang.

Persoalannya, kalau tidak habis-habis dengan “cadangan” dan “kajian” yang dipercayai menelan kos ratusan juta ringgit, bilakah lagi Khalid mahu melaksanakan segala yang dicadangkan atau dikajinya itu?

Asyik “cadang” dan“kaji”, tapi langsung tiada sebarang perlaksanaan. Rakyat juga yang menjadi mangsa “ujikaji”Khalid dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, bukan?

Secara mudah, kita dapat melihat dua faktor terbesar yang jelas gagal diatasi oleh Menteri Besar itu iaitu keperluan kepada sumber bekalan air mentah baru dan peralatan baru bagi tujuan menggantikan paip-paip “purba” yang sepatutnya diselenggara.

Loji Langat 2 adalah jawapan terbaik bagi Khalid mendapatkan bekalan air mentah baru bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat secara mendadak pada setiap tahun. Namun Khalid enggan membenarkannya dipercayai hanya kerana “ego politik”.

Manakala dengan meluluskan permohonan SYABAS untuk mendapatkan suntikan dana operasi penyelenggaraan saliran paip, NRW sudah tentu dapat dikurangkan secara drastik dan dijangka rumah-rumah pam juga tidak akan kerap rosak teruk seperti sekarang.

Dan sejak November 2012 hingga awal Januari 2013, lebih dari tiga kali ERP Kod Hijau diaktifkan menandakan bahawa bibit-bibit Krisis Air 2014 sememangnya sudah semakin dirasai oleh rakyat Selangor dan Lembah Klang.


Dalam pada itu, walaupun kerajaan pimpinan Khalid mempunyai dua orang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam SYABAS, wakilnya itu seolah-olah “goyang kaki” dan “makan elaun buta”.

Salah seorangnya, Suhaimi Kamaralzaman merungut kononnya dia tidak terlibat dalam operasi SYABAS. Gila ke? Mana ada Ahli Lembaga Pengarah yang terlibat dengan operasi! Ahli Lembaga Pengarah tentukan dasar saja, pekerja yang laksanakan dasar syarikat itu, bukan?

Pun begitu, Menteri Besar paling “bebal” dalam negara yang bernama Khalid “Gagap” itu tak habis-habis menyalahkan orang lain sedangkan segalanya menuding jari padanya, seolah-olah dia begitu “suci” dan “bersih” dari sebarang kesalahan.

Sekurang-kurangnya Kerajaan Pusat cukup berakhlak dengan mengucapkan “terima kasih” kepada Khalid kerana membantu dengan 7 buah lori tangki meskipun Kerajaan BN itu“menyedekah”sebanyak RM606 bagi pelan mitigasi air untuk memastikan rakyat Khalid mandi tiap-tiap hari!

Persoalan yang perlu jawab oleh Menteri Besar Selangor, bersediakah beliau untuk melepaskan ego politiknya itu dengan membenarkan kedua jalan penyelesaian tersebut demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat Selangor serta sekitar Lembah Klang?

Apakah Menteri Besar itu adil dan wajar mengambil kesempatan dengan menuduh syarikat-syarikat konsesi air Selangor sebagai punca masalah air sedangkan dialah sebenarnya “bapa malapetaka” yang menyebabkan rakyat di negeri itu menderita?

Dan persoalan yang perlu berada di fikiran rakyat, siapakah dan apakah punca sebenar kemelut krisis gangguan bekalan air yang sedang menghuru-harakan hidup kita? Rasanya budak sekolah rendah pun dapat meneka jawapannya, bukan?

Kronologi Krisis Air Selangor MNH

Kronologi Krisis Air Selangor MNH

Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Komen

..