28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Kru Pesawat Lion Air Ditangkap Sedang Asyik Mengambil Dadah

Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia
Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia

JAKARTA: Badan Narkotika Nasional (BNN) hari ini mengesahkan tiga kru sebuah syarikat penerbangan tambang murah milik Indonesia adalah antara empat orang yang ditahan dalam satu serbuan kerana terbabit dengan kes dadah.

Siaran-siaran berita televisyen tempatan memetik Ketua Kepala BNN Budi Waseso sebagai berkata, mereka ditahan ketika sedang mengadakan pesta dadah di sebuah apartmen di Wilayah Tengerang dekat sini semalam.

Katanya, mereka yang ditahan ialah seorang Pembantu Juruterbang, seorang pramugari, seorang pramugara dan seorang wanita suri rumah yang juga teman kepada salah seorang kru terbabit.

Kesemua mereka berumur antara 20 dan 34 tahun dan ketika ditahan dalam keadaan khayal dan sedang asyik mengambil dadah jenis syabu dan menghisap ganja.

“Ketika kami geledah barang bukti sudah habis digunakan. Mereka berpasang-pasangan…tetapi fokus kami ialah untuk membongkar jaringannya,” kata beliau dalam satu sidang media.

Penangkapan kru penerbangan membabitkan kes dadah ini adalah yang kebeberapa kali berlaku di Jakarta termasuk dua juruterbang pernah ditahan kerana disahkan penagih dadah pada 2012.

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan