KSP RMK11 bukti pengiktirafan kepada dasar, perancangan BN - pakdin.my

Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 jelas membuktikan pengiktirafan kerajaan PH terhadap dasar dan perancangan yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiidak banyak perubahan dan perkara baru diperkenalkan kerana hhampir kesemuanya sambungan kepada dasar dan perancangan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Samada dalam bidang pendidikan, kesihatan, pembangunan luar bandar, perumahan dan sebagainya, semua kesinambungan daripada kerajaan lepas.

“Ini jelas menunjukkan pengiktirafan kerajaan hari ini terhadap dasar dan perancangan yang diperkenalkan oleh BN.

“Walaupun kerajaan PH berhasrat utk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan tapi tindakan mereka adalah sebaliknya,” katanya.

Mengambil contoh pembatalan projek keretapi laju ECRL, ia jelas membantutkan usaha merapatkan jurang pembangunan antara pantai barat dan pantai timur.

“Jadi tidak ada perkara baru yang direncanakan, hanya menyambung dasar dan perancangan kerajaan BN yang lepas,” katanya.

Ujar Naib Presiden UMNO itu lagi, walaubagaimana beliau menyambut baik reformasi Parlimen yang dicadangkan, namun masih berharap ia mampu menghapuskan terus campur tangan badan eksekutif dalam badan legislatif.

“Saya harap cadangan ini akan memberikan kuasa kepada Parlimen dan mampu menghapuskan terus campur tangan badan eksekutif dalam badan legislatif.

“Ini akan memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa doktrin asas demokrasi,” katanya.

Pembentangan KSP RMK11 dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat, petang tadi – hampir enam bulan selepas PH mentadbir negara.

……………

https://pakdin.my/tag/rmk11

UTAMAEKONOMIKSP RMK11 bukti pengiktirafan kepada dasar, perancangan BN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium