KSU DARI KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH YANG DITAHAN – SPRM - pakdin.my

Suspek yang ditahan awal pagi Rabu atas dakwaan rasuah adalah dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Oeprasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki.

Ketika dihubungi Star Online, Azam mengesahkan identiti suspek ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Azam berkata, Mohd Arif telah ditangkap di rumahnya di USJ Subang Jaya pada pukul 8 pagi.

Turut ditahan adalah seorang suspek lelaki berusia 29 tahun itu.Mohd Arif disyaki telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sejak 2010 untuk meminta rasuah.

Siasatan awal mendapati beliau terlibat secara langsung dalam melantik daripada kontraktor, pembekal dan vendor.

SPRM turut merampas wang tunai dan jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta.

20170104-sprm-tahan-daruk-ariff

—————————
Berita terdahulu

SPRM TAHAN KSU, RAMPAS RM3 JUTA JONGKONG EMAS, WANG TUNAI

Lelaki bergelar ‘Datuk’ bersama pembantunya disyaki menerima rasuah daripada kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan kementerian dipegang beliau.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua setiausaha (KSU) kementerian di kediamannya di USJ, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata individu bergelar “Datuk” yang berusia 59 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 29 tahun pada jam 8 pagi tadi dan dibawa ke Putrajaya untuk disiasat.

“Lelaki berusia 29 tahun dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata Azam, SPRM turut merampas jongkong emas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai kita-kira RM3 juta.
Bagaimanapun, Azam tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai identiti KSU berkenaan.

UTAMABERITAKSU DARI KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH YANG DITAHAN - SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium