Perpecahan dalaman sehingga membawa kepada pengharaman UMNO pada 1988 berpunca daripada bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas perkara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mendedahkan bahawa ia turut diakui oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang dihadiri perdana menteri pada minggu lalu.
“Malah Ku Li juga bersetuju bahawa orang yang bertanggungjawab dengan kekalahan BN Kelantan adalah Mahathir, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Sandang Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kelantan di Kota Bharu hari ini.
Pada tahun April 1987, berlaku perpecahan di dalam UMNO selepas Tengku Razaleigh tewas tipis kepada Dr Mahathir dalam pemilihan jawatan Presiden parti itu
Susulan itu, 11 orang ahli parti membawa kes ke mahkamah tinggi untuk memohon keputusan pemilihan pimpinan UMNO tidak sah.
Bagaimanapun, mahkamah memutuskan parti keramat itu sebagai pertubuhan haram.
Berikutan itu, ramai pemimpin parti diketuai Tengku Razaleigh atau dikenali Ku Li keluar parti dan menubuhkan Semangat Melayu 46, namun menyertai UMNO semula.
Manakala Dr Mahathir kini mengetuai PBBM bersama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin.
Sementara itu, Jazlan berkata beliau turut dimaklumkan bahawa perpecahan pada akhir 1908 an itu disebabkan sikap bekas perdana menteri ke-4 itu yang hanya memikirkan kepentingan peribadi.
Very dangerous man
Madey mmg pakar pecah belahkn kaum?
Itu kata kau…PAS yg mula pecah belahkan Melayu.
Pas bkn parti serpihan UMNO??
Tun M ni, nampak gayanya ,mcm seolah olah tiada kebaikan atau kemenafaatan kpd rakyat disepanjang beliau menjadi PM 22 tahun….bukan gitu pendapat kau n BN admin…??????…..
Kedua, Kelantan ketika itu diterajui oleh Ku Li….kenapa nak tuding jari kat Tun M….Memang susah nak.lawa aura Allahyarham Nik Aziz ditambah dgn mentality orang Kelantan…rasenya PRU akan datang pun tak tentu lagi wallaupun Najib berjanji janji janji manis …hehehe…
Kau x kenal Ku Li Ned… pegi tanya sendiri kat kuli apa yg madey dah buat…
Madey..sabotaj Kuli sehingga Kuli terlepas utk mjadi PM…
Che Hem…kalau aku suruh kau tabya Tun M amacam….pas tu kau nak percaya Tun M apabila kau pun dah menghukum Tun M…
Zaydee Abrahim..Tun M sabotaj Ku Li…..tu yg kau nampak. Jadi betul la bila aku kata Ku Li ade cita2 nak jadi PM. …Ku Li tewas dlm percaturannya. Tu la dia politik…mengapa Ku Li tewas…mengapa Ku Li tak dapat tarek penyokong yg kuat dan cukup ? Kenapa Tun M menang…banyak aspek kau perlu lihat dlm politik ni…
Kalau di singkap perjalanan politik dlm UMNO kerosakan UMNO Banyak di lakukan oleh Mahathir.. Terutama perpecahan dlm UMNO …Itu memang realitinya..
Yeow Shamsuddin Yusoff…apa tujuan Ku Li tubuh 46 jika bukan bertujuan memecah belahkan UMNO demi meraih sokongan untuk beliau tumbangkan Tun M n UMNO untuk merealisasikan cita citanya menjadi PM.ketikaitu ??? Ni baru realitinya…
Ya betul
Tiada angin masakan pohon bergoyang? Usah salahkan pokok semata2 kerana borgoyang. Angin juga menjadi puncanya.
Akhir 1980an. ..
Otai lebih tahu kedudukan sebenar…
semua org tau ahh.. org buta pon tau
Fikir2 kn lh
Terbaaaik Tun
Ada otak bleh pikiaq kut…pasaipa TUN M tinggai UMNO….
Dah jadi kuda tunggangan DAP…DAP kata, melayu masih bodoh….
Pasti ku dengar komen nya misti berbunyi ” biasa ler, ###### hasad dengki phd”
Pasti ku dengar komen nya misti berbunyi ” biasa ler, ###### hasad dengki phd”
Semangat 46 tu utk apa..krik Krik..krik
Semua org,atok nak gdoh…
Tolak madey. Noted