Statistik Corona

Malaysia
2,049,750
Confirmed
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm
Malaysia
1,800,278
Recovered
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm
Malaysia
227,117
Active
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm
Malaysia
22,355
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm

Thailand

Thailand
1,448,792
Confirmed
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm
Thailand
1,304,247
Recovered
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm
Thailand
15,124
Deaths
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm

Global

All countries
228,112,561
Confirmed
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm
All countries
203,042,111
Recovered
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm
All countries
4,688,256
Deaths
Updated on September 17, 2021 17:53 5:53 pm

Kuarantin Beri Hikmah Teliti Perihal Rakyat… PKS Kritikal, Kerajaan Perlu Selamatkan – Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap menjalani kuarantin kendiri ada hikmahnya kerana memberi lebih banyak masa untuk beribadat, membaca dan menulis serta meneliti perihal rakyat dan negara.

Sebagai contoh katanya, beliau terbaca hadirin sebuah program dimaklumkan bahawa kerajaan telah banyak menyokong kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Menteri Kewangan beritahu kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif melibatkan berbilion ringgit untuk membantu PKS sejak 2020.

“Antaranya dalam bentuk subsidi upah, pembiayaan kredit mikro dan peningkatan peruntukan Dana BNM bagi pembiayaan PKS.

“Bagus sekali andai makluman itu benar kerana PKS walau perniagaan ‘kecil dan sederhana’ menyumbang lebih 38.9% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar,” katanya menerusi laman facebooknya berkaitan isu terbabit.

Jelasnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, PKS menyediakan kira-kira 48% daripada jumlah pekerjaan dalam negara serta menyumbang 17.9% daripada nilai eksport yang bermaksud jika PKS terjejas, sebahagian ekonomi negara boleh lumpuh.

“Justeru PKS memang perlu dibantu dan diselamatkan, tetapi apa diceritakan Kementerian Kewangan itu tidak selari dengan pendedahan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

“MEDAC pada 7 Julai lalu beritahu PKS di ambang kejatuhan berdasarkan tinjauan dilakukan dari 15 sehingga 28 Jun 2021.”

Katanya, hasil tinjauan itu menunjukkan kira-kira 580,000 perniagaan, mewakili 49% daripada sektor PKS berisiko gagal menjelang Oktober ini.

“Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pada 9 Jun juga menyatakan banyak PKS tidak lagi mampu bertahan.

“MEF menerima maklum balas daripada majikan bahawa keadaan tidak dapat diselamatkan lagi.

“Bagi kebanyakan mereka, ini adalah mengenai kelangsungan hidup kerana tiada aliran tunai untuk memastikan operasi terus berjalan”

Ironi kata beliau berbilion ringgit wang negara diumum untuk membantu PKS, tetapi pada akhirnya PKS tetap menderita.

“Kita harap kerajaan dapat meneliti situasi ini sebaik mungkin. Hal ini kritikal. Kena ingat sebanyak 48.4% daripada jumlah pekerjaan dalam negara adalah dalam sektor PKS.”

Dilaporkan, Ahmad Zahid berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini dan menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif COVID-19. – UMNO Online

Berkaitan