Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Global

All countries
231,533,265
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
206,497,379
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
4,745,154
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

KUFC kalah kerana tiada penyerang tulen – Jurulatih

Kelantan United (KUFC) kalah kerana tiada penyerang tulen, itu luahan Ketua Jurulatih Nazrulerwan Makmor selepas pasukan bimbingannya tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan FC pada perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad lV, di sini semalam.

Nazrulerwan berkata dalam permainan bola sepak jika barisan hadapan tidak boleh menjaringkan gol sudah tentu keputusan tidak akan menyebelahi pasukan itu.

“Terus terang, KUFC tidak ada penyerang tulen untuk menjaringkan gol menyebabkan pasukan kecewa lagi hari ini. Pada separuh masa pertama perlawanan itu kami boleh menjaringkan tiga gol namun ia tidak berlaku.

“Kami susah mahu mencari penyerang yang asli kerana Gassama Alfusainey dan Muhammad Asraff Aliffuddin yang bermain di posisi itu, bukan pemain penyerang namun kami tiada pilihan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan antara KUFC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad lV, di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu KUFC gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas kepada pasukan pelawat menerusi jaringan penalti Mohammad Zaquan Adha Abd Razak pada minit ke-10 dan Francis Kone pada minit ke-81.

Jurulatih kelahiran Selangor itu berkata beliau perlu mencari kaedah lain untuk memastikan jentera serangan pasukan itu berfungsi dalam baki tiga lagi perlawanan liga.

“Kami boleh tukar pemain gantikan dengan yang baharu, kami kena buat sesuatu di bahagian serangan,” katanya.

Sementara itu Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC K. Devan berkata kejayaan meraih tiga mata penuh malam tadi mencerahkan peluang pasukan bimbingannya itu untuk menempah slot ke Liga Super musim depan.

“Peluang masih ada untuk ke Liga Super dan kami kena bekerja keras untuk empat lagi baki perlawanan iaitu bertemu Kelantan FC, Kuching City FC, Sarawak United FC dan PDRM FC.

“Kami perlu menang dua atau tiga perlawanan daripada baki empat perlawanan itu supaya tidak tercicir mata,” katanya.

Negeri Sembilan FC kini berada di tempat pertama liga mengumpul 32 mata selepas 16 perlawanan, manakala KUFC berada di tempat kelapan dengan 20 mata selepas 17 perlawanan.

Berkaitan