Kuil di Putrajaya ganti 15 kuil diroboh sebelum ini - pakdin.my

Kanagaraja Raman, presiden Pertubuhan Penganut Maha Mariamman Devasthanam Wilayah Persekutuan
Kanagaraja Raman, presiden Pertubuhan Penganut Maha Mariamman Devasthanam Wilayah Persekutuan

Kuil Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang dicadangkan di Presint 20 adalah kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.

Pembinaan kuil berkeluasan 1833.89 meter persegi itu tidak menggunakan peruntukan kerajaan samada dari Kementerian Wilayah Persekutuan ataupun Perbadanan Putrajaya.

Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Wilayah Persekutuan dalam kenyataannya berkata, pelan Induk Putrajaya pada tahun 1997 telah menetapkan plot-plot rezab agama-agama lain termasuk Kuil di Presint 20.

Antara kuil yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley, Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jln B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman, Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.

Menurut kenyataan itu, Putrajaya sebelum ini adalah kawasan ladang dan mempunyai pelbagai kuil dari yang bersaiz besar hingga bersaiz sederhana.

Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat di Presint 20 seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya.

Sebelum ini, beberapa pihak mempersoal pembinaan kuil di Putrajaya yang dikatakan tidak sesuai.

UTAMAKuil di Putrajaya ganti 15 kuil diroboh sebelum ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium