33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Pemilihan Majlis Peguam: Kumpulan 8 Peguam bantah ICERD menang, Siti Kasim tewas

ANGIN PERUBAHAN SUDAH MELANDA NEGARA!

Angin perubahan nampaknya bakal dirasai dalam Majlis Peguam apabila calon-calon yang jelas berpendirian mempertahankan Perlembagaan Persekutuan telah memenangi pemilihan jawatankuasa baharu pertubuhan itu.

Kemenangan tersebut dimaklumkan oleh Aktivis Concerned Lawyers For Justice, Aidil Khalid dalam akaun Facebook awal pagi ini.

Aidil memberitahu, calon-calon yang menang itu juga merupakan dalam kalangan mereka yang menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Calon-calon yang jelas pendirian mereka untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak ICERD seperti Lukman Sheriff, Yusfarizal Yusof dan rakan-rakan telah menang dan terpilih.

“Calon-calon yang menyokong ICERD seperti Siti Kasim dan kumpulannya telah disapu keluar,” kata beliau.

Menurut Aidil, daripada 10 calon yang disarankan selamat untuk diundi sebelum ini, lapan daripadanya telah terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Majlis Peguam.

“Ini sekali gus menunjukkan bahawa jika kita bersatu-padu, dan memainkan peranan masing-masing untuk terlibat dalam proses mengundi, kita sebenarnya boleh mengambil alih Majlis Peguam supaya dapat dikembalikan kepada jalan yang lurus dengan matlamat asalnya yang suci,” tegas beliau.

https://pakdin.my/tag/majlis-peguam






Berita Berkaitan

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

UMNO-PAS kekal muafakat!

Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS...

UMNO nafi keluar surat sokong Anwar jadi PM

Surat yang mulanya disebarkan melalui portal berita MalaysiaNow memperlhatkan surat tersebut dalam bentuk format...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan