Ceroboh Lahad Datu: Kumpulan Bersenjata Mungkin Dapat Sokongan Individu Tertentu – Ahmad Zahid - pakdin.my

Tentera Kesultanan Sulu
Tentera Kesultanan Sulu

Sekumpulan lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu mungkin mendapat sokongan individu tertentu di negara ini dengan bermotifkan politik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata insiden itu mungkin menjadi helah untuk menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengalami krisis isu keselamatan.

“Saya fikir kumpulan tersebut tidak bertindak sendirian dan terdapat individu tertentu bermotifkan politik di belakang mereka.

“Jangan percaya dengan apa yang ditulis di laman sosial media dan blog pro pembangkang.

“Lelaki-lelaki itu bukan pengganas,” kata Ahmad Zahid pada sidang media.

lahad atu maps“Kumpulan tersebut dari selatan Filipina dan berketurunan Sulu. Mereka percaya masih mempunyai tuntutan ke atas Sabah.

“Kita berharap agar dapat memujuk mereka untuk meninggalkan negara ini secara aman tanpa mencetuskan pertumpahan darah.

“Kita berharap mereka tidak terpedaya dengan individu yang menggunakan mereka untuk kepentingan politik,” tambahnya.

Ahmad Zahid berkata, polis sedang berunding dengan kumpulan tersebut dan berharap rundingan itu akan menemui jalan penyelesaian.

“Negara kita berada dalam keadaan aman damai dan sistem keselamatan kita kukuh. Namun ada pihak yang ingin menggambarkan sebaliknya berlaku,” katanya.

Kira-kira 100 lelaki bersenjata mendarat di Lahad Datu baru-baru ini dan mendakwa mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu.

UTAMABERITASABAHCeroboh Lahad Datu: Kumpulan Bersenjata Mungkin Dapat Sokongan Individu Tertentu - Ahmad...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium