Kumpulan Felda sumbang zakat RM23.1 juta - pakdin.my

najib-razak-felda-zakat

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyampaikan Zakat perniagaan Kumpulan Felda peneroka Felda berjumlah RM23.1 juta kepada 14 Pusat Zakat Negeri di mana Kumpulan Felda menjalankan operasi perniagaannya..

Jumlah itu membabitkan pembayaran zakat bagi tahun 2014 oleh Felda Global Ventures Berhad (FGV) berjumlah RM18,334,6000.00, Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebanyak RM4,100,000.00, Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELCOP) sebanyak RM121,476.98 dan Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) sebanyak RM39,357.72.

Datuk Seri Mohd Najib dalam ucapannya berkata, perkembangan berterusan perniagaan Kumpulan Felda membolehkan ia membayar zakat, sekaligus memberikannya peluang untuk membantu lebih ramai golongan masyarakat Islam.

“Tidak dinafikan bahawa kewujudan Felda turut membantu memakmurkan masyarakat dan negara amnya,” kata Perdana Menteri.

Turut hadir ialah barisan Menteri-menteri Kabinet, bekas-bekas Perdana Menteri, Duta-duta Negara, Pengurusan Kumpulan Felda, wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri, Ketua-ketua peneroka dan penerokawati Wilayah Felda dan anak-anak yatim serta hadirin sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak hadir.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAKumpulan Felda sumbang zakat RM23.1 juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium