Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
25,695
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Malaysia

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
25,695
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Indonesia

Indonesia
4,209,403
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Indonesia
4,027,548
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Indonesia
141,585
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Global

All countries
233,173,026
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
All countries
208,203,198
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
All countries
4,771,354
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Kumpulan Profesional Cina Kecam Budaya Tidak Sihat Cuba Dibawa Teresa Kok

videoteresakok

Tindakan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menghasilkan klip video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini terus mendapat kecaman dan kritikan pelbagai pihak termasuk sekumpulan profesional Cina yang sebulat suara menolak budaya tidak sihat yang cuba dibawa wakil rakyat dari DAP itu.

Konsultan psikologi Dr Wong Kok Fye berkata kandungan klip video berkenaan jelas memaparkan ‘keganasan halus’ yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi masyarakat khususnya generasi muda.

“Teknik psikologi yang digunakan dalam video itu boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat seperti menyampaikan mesej kepada generasi muda bahawa tidak salah untuk menghina dan membuat serangan karakter terhadap seseorang individu,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Peguam, Ryan NG pula mempersoalkan mesej yang cuba disampaikan Kok dalam klip video yang jelas ‘menghentam’ seteru politiknya.

Beliau berkata daripada menghasilkan video yang mempersenda individu lain, adalah lebih baik anggota Parlimen itu menghasilkan video yang menunjukkan sumbangan beliau kepada masyarakat.

“Itu yang orang ingin lihat kerana mereka mempunyai harapan tinggi terhadap wakil rakyat yang dipilih. Saya cadangkan semua wakil rakyat tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mencetuskan kontroversi dan menggugat perpaduan yang sekian lama wujud di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Seorang pendidik Loh Wei Jing berkata tindakan menghasilkan klip video berbaur sindiran dan fitnah terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina bukan sebahagian daripada budaya kaum Cina.

Beliau berkata tindakan menghasilkan klip video itu merupakan satu propaganda murahan daripada Kok demi kepentingan politiknya.

“Kita mempercayai serta memegang teguh Rukun Negara kita dan apa yang dilakukan Teresa (Kok) dalam klip video itu 100 peratus bercanggah dengan Rukun Negara. Perbuatannya menghasilkan klip video itu ketika sambutan Tahun Baharu Cina tidak boleh diterima dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya dengan tegasnya menggesa Teresa untuk meminta maaf terhadap kerosakan yang telah dia lakukan,” katanya.

Jurulatih korporat, Phoenix Low Kai Lay berkata anggota Parlimen terbabit tidak sepatutnya menghasilkan klip video yang menggalakkan orang ramai supaya mempersenda kekurangan orang lain.

Sebagai jurulatih, Low berkata beliau sering menggalakkan orang ramai untuk berfikiran positif serta tidak menyerang kelemahan orang lain.

“Kok sepatutnya menyampaikan mesej yang menekankan perpaduan antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan menyebarkan pemikiran positif bukan menyindir kekurangan orang lain,” katanya.

Pekerja sosial, Alex Lee Ket Woon turut menolak budaya fitnah dan penyebaran maklumat palsu terhadap pemimpin negara.

“Kami harap hentikanlah budaya kurang sopan dan hormatilah pemimpin yang dilantik oleh rakyat,” katanya.

Dalam klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014 Video Clip’ yang tersebar luas dalam laman YouTube, Kok, yang juga Naib Pengerusi DAP ‘berlakon’ sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berkaitan