Home / :: BLOG :: / Kuota Bumiputera: Catatan Buat Menteri Zuraida Kamarudin

Kuota Bumiputera: Catatan Buat Menteri Zuraida Kamarudin

1. Menteri Perumahan membuat kenyataan yang sangat bingung dan tolol. Kata beliau kuota perumahan tidak perlu ikut bangsa atau agama. Ini sebagai menjawab saranan REHDA yang mahukan penjualan hartanah kuota bumiputera hanya dihadkan kepada 6 bulan.

2. Kita faham menteri baharu ini banyak yang tidak faham sejarah dan tujuan sesuatu polisi dibuat. Oleh kerana ada kuota bumiputera dan beliau tidak faham, maka ia dianggap polisi ini sebagai rasis.

3. Saya pernah menulis dan saya ulangi lagi, tujuan pengenalan kuota minima 30 peratus kawasan perumahan dan perniagaan hendaklah dijual kepada kaum bumiputera merupakan satu proses “rekayasa sosial” (social engineering) untuk membentuk semula pola kependudukan rakyat Malaysia selepas 13 Mei 1969.

4. Dasar ini diwujudkan supaya setiap kawasan perumahan dan perniagaan (hartanah) menggambarkan komposisi antara bumiputera dan bukan bumiputera,

5. Sebelum 13 Mei kaum Cina dan Melayu duduk secara terasing dan terpisah. Apabila berlaku peristiwa 13 Mei, orang cina membakar kawasan orang Melayu dan orang Melayu membakar kawasan orang cina. Inilah yang cuba dicegah oleh kerajaan kemudiannya.

6. Pemberian diskaun bumiputera 7-10% untuk hartanah lot bumiputera bukan kerana ingin membantu kaum bumiputera atau orang Melayu atas faktor miskin dan pilih kasih.

7. Potongan ini diperkenalkan kerana pembelian hartanah di bawah kuota bumiputera terikat kepada syarat bahawa sebarang perubahan hak milik mesti mendapat kebenaran Kerajaan Negeri dan hendaklah dijual kepada bumiputera juga.

8. Hartanah ini memerlukan satu kebenaran khas berasingan jika mahu dijual kepada bukan Bumi. Tujuan syarat ini ialah untuk memastikan setiap kawasan perumahan dan perniagaan tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja.

9. Justeru syarat pemilikan seperti ini telah mengurangkan nilai semasa sesebuah hartanah lot bumi berbanding pemilikan terbuka di kawasan yang sama.

10. Atas sebab itu diperkenalkan diskaun 7-10% bagi pembelian kuota di bawah Bumiputera. IA BERTUJUAN MENGIMBANGI KERUGIAN NILAI SELEPAS PEMBELIAN.

Melayu-melayu bengap dan bukan Melayu yang rasis dalam Pakatan kena faham:

“Diskaun diberi ke atas hartanah bumiputera kerana “restriction” ke atas lot bumi yang dijual, bukan kerana keistimewaan untuk orang Melayu. IA BERTUJUAN MENGIMBANGI KERUGIAN NILAI SELEPAS PEMBELIAN.”

Jangan merepek kononnya orang Melayu telah ramai yang kaya dan tidak perlu dapat diskaun. Ini tidak ada kena mengena dengan pendapatan orang Melayu.

Ab Jalil Backer

………
http://pakdin.my/tag/zuraida-kamaruddin

(Visited 34 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

5 comments

  1. Jaafar Bakar Apai

    btulkan pemerintahan lama byk yg songsang

  2. Noreda Nored

    Ini lagi sorang menteri PH yg dot..dot..dot…

  3. Tun Teja Liza

    Dia orang ni semua kelulusan apa yerr…dia tak tahu ke hak perlembagaan orang Melayu….dia orang tak boleh kacau hak perlembagaan makcik…

  4. Ain Nur Syuhada

    Zuraida ni adalah warganegara melayu singapore ….yg pelik bawah pkr dia boleh jadi menteri….rasanya dia ni Si Buang versi wanita macam dalm filem P.Ramlee Sarjan Hassan lah…

  5. Shaiful Bahri Selamat

    bongok buta sejarah…belajar dulu baru ckp ngok…